Saturday, 26 May 2012

PANASS !!! Lagi Penyelewengan Dan Salahguna Kuasa di KUIN Didedahkan!




Semalam, portal ini telah mendedahkan perihal salahguna kuasa yang berlaku secara berleluasa di KUIN. Artikel ini adalah sambungan…

KUIN berbeza dengan mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain. Ini adalah kerana perlantikan kakitangan di INSANIAH HOLDING adalah kuasa mutlak dan veto Dato’ Jamil. Oleh kerana itu, segala gaji adalah berdasarkan kepada ‘perintah’ Dato’ Jamil.

Sebagai CEO INSANIAH HOLDING, Jamil memperolehi elaun sebanyak RM5000 sebulan. Selain elaun CEO, dia juga memperolehi gaji sebagai Rektor INSANIAH.



Didedahkan juga, CEO Medic mendapat gaji dan elaun hampir RM35,000 sebulan sedangkan pelajar jurusan Perubatan hanya 8 orang sahaja. Begitu juga dengan CEO Insan System dan CEO Insan Maya yang hanya memiliki ijazah pertama dengan pemalsuan resume, turut mendapat gaji yang mencecah 5 angka sebulan!

Mengapa agaknya CEO Insan System dan CEO Insan Maya mendapat ‘layanan’ yang begitu baik daripada Dato’ Jamil?

Sebabnya, merekalah yang mengambil anak kesayangan Dato’ Jamil menjadi pensyarah di Insan Maya walaupun CGPAnya di bawah 3.0!

Shkri yang dahulunya menjadi ‘Pengawal Kewangan’ telah dilantik atas arahan Prof. Hamzah walaupun asalnya hanyalah seorang jurujual sebuah syarikat kereta terpakai. Siasatan mendapati Shkri tidak mempunyai sebarang kelulusan profesional dan telah disabitkan dengan kes pecah amanah oleh SSM serta didenda RM300,000 oleh mahkamah. Dia dilantik ke jawatan sekarang oleh Dato’ Jamil.

Aidi yang baru-baru ini dilantik sebagai COO Holding juga tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kelulusan, telah diarahkan berhenti dari MBSB, kemudiannya menjadi agen Hai-O Marketing. Aidi cuba berlagak pandai dengan pembelian Taman INSANIAH di Kuala Ketil dengan pinjaman dari Affin Islamic Bank. Kononnya, dana dibawa dari luar untuk membantu Holding, menambah pinjaman kononnya nak bantu INSANIAH.

Kesannya, para pelajar Kolej Universiti INSANIAH bakal menanggung penyelewengan yang dilakukan oleh Aidi. Para pelajar KUIN yang terpaksa membayar ansuran bulanan daripada urusniaga yang dijalankan oleh Aidi ini, sama ada secara sedar atau sebaliknya.

Sedangkan Aidi dan Shkri pula berseronok dengan komisyen besar yang mereka perolehi menerusi urusniaga itu!

Aidi adalah beban yang dipindahkan oleh Hj. Sha’aya kepada Dato’ Jamil untuk diurus dan dijaga. Hj. Sha’aya pula lari dari tanggungjawab setelah melingkupkan Insaniah Holding dengan hutang hampir-hampir RM15 juta!

Ini adalah kerana, Aidi telah dilantik terlebih dahulu dalam syarikat Insaniah Holding sebelum dia dilantik sebagai COO. Hjh Roslina, Setiausaha Syarikat Kolej Universiti Insaniah, boleh dijadikan sebagai tempat rujukan.

Paling menarik apabila Pengurus Penyelenggaraan Holding yang kononnya dari JKR tetapi tidak tahu bagaimana hendak buat BQ bagi projek penyelenggaraan bernama Haji Ibrahim bin Haji Ahmad juga merupakan saudara ipar Dato’ Jamil. Kerjanya hanya meminta komisyen daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik.

‘Pihak dalam’ yang menyalurkan maklumat ini kepada kedahan69ers.com mendakwa mereka mempunyai bukti penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Haji Ibrahim dalam bentuk visual dan grafik. Malah gambar hamper-hamper yang diterima oleh Haji Ibrahim, juga ada dalam simpanan mereka.

Seperkara lagi yang didedahkan oleh ‘orang dalam’ ialah, semua projek kecil dan penyelenggaran di Holding hanya diberikan kepada suami Puan Juliana binti Ahmad, salah seorang kakitangan Holding dengan restu dan persetujuan Dato’ Jamil.

Puan Rubiah yang dahulunya merupakan pembantu peribadi Hj. Sha’aya dan Nita dari Insan Medic juga telah dilantik ke jawatan masing-masing tanpa melalui proses saringan dan temuduga hanya semata-mata kerana mereka adalah anak saudara Dato’ Jamil.

Pecah amanah dan salah laku yang ditunjukkan oleh pengurusan dan pentadbiran KUIN sebenarnya boleh mengundang kedatangan SPRM. Terdapat terlalu banyak salah laku di dalam KUIN yang melibatkan Dato’ Jamil dan KELUARGA BESARNYA, namun mungkin atas dasar PAS, maka segala penyelewengan tersebut cuba ditutup sebaik mungkin!

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive