Friday 18 May 2012

PANASS !!! SIKAP PAS KEDAH DAN AZIZAN RAZAK AMAT MEMALUKAN RAKYAT KEDAH !! #savekedah



Penipuan Pas Kedah mengenai projek SULIHH yang dibangga-banggakan mereka hanya sekadar di pentas ceramah sahaja..Pada mata kasarnya projek SULIHH ini gagal sama sekali apabila Azizan Razak sendiri mengakui bahawa projek itu mempunyai pelbagai masalah.



Kegagalan Pas Kedah menarik balik tawaran yang diberi kepada Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd itu walaupun tempoh yang diberikan kepada syarikat itu telah tamat pada hujung 2010 menjadi tanda tanya..

MTK tidak faham kenapa Pas Kedah masih menanti MERAPOH sama ada berminat atau tidak untuk meneruskan projek itu..Sedangkan ada lagi syarikat lain yang berminat untuk melabur..


Yang paling tidak diterima,kerja kerja penambakkan tanah persisiran pantai Yan bermula dari Sg. Limau ke Kuala Sungai Daun, Daerah Yan sudah dimulakan..Tanah tanah yang terlibat pula dimiliki oleh orang Melayu.

Jadi keghairahan pas meletakkan SULIHH salah satu dalam PENCAPAIAN KITA amat memalukan.Ternyata projek SULIHH ini salah satu KEGAGALAN PALING BESAR DALAM SEJARAH Kerajaan Negeri Kedah dimana ianya melibatkan pelaburan sebanyak RM 36Bilion..Inikah kerja cara Islam Azizan Razak?Kenapa masih berteka teki dalam projek ini..MTK sebagai anak jati Kedah mahukan penjelasan terperinci.

ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) -- Kegagalan kerajaan negeri Kedah meneruskan Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) di Yan membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS tidak mampu melaksanakan projek mega serta mengotakan janji mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata malah kegagalan projek gergasi bernilai RM36 bilion itu diakui sendiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kegagalan projek tersebut ternyata PAS gagal untuk menarik pelaburan besar ke negeri ini yang dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Belia 2012 di sini Khamis.

Semalam Azizan mengakui projek Sulihh di Yan itu masih tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga belum menarik balik tawaran yang diberi kepada syarikat Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd sekalipun tempoh yang diberi bagi mereka melaksanakannya telah berakhir hujung 2010

MTK
KALAU TAK BOHONG BUKAN PAS NAMANYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive