Monday 14 May 2012

Hudud Berkumandang Lagi: PAS Menipu, DAP Bohong, PKR Bisu, BN Menang!


Mendengar kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan Pilihanraya Umum ke-13 bakal berlangsung tidak lama lagi ketika berucap di Majlis Ulangtahun UMNO Yang ke-66, PAS kelam-kabut membuka isu Hudud semula.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyedari tentang PAS yang semakin kurang sokongan dari bangsa Melayu Muslim di negara ini, mula menyebut tentang perjuangan partinya yang mahu melaksanakan hukum hudud sekiranya mereka menang pada PRU ke-13 nanti.

Cuba mencari sokongan terhadap kenyataan tersebut, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib tampil menyokong kenyataan Hadi itu meskipun mereka tahu bahawa kenyataan mahu melaksanakan hudud itu mampu membuat PAS dan Pakatan Haram kehilangan undi dari golongan bukan muslim di negara ini.

Bagi menyelamatkan keadaan, maka Pakatan Haram terpaksa mempergunakan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk “berlakon” marah kepada PAS atas agenda melaksanakan hudud sekiranya Pakatan mereka menang pada PRU kali ini.

Harapan mereka adalah umat Islam akan kembali memberi undi kepada Pakatan Haram di kawasan majoriti Melayu Muslim dan golongan bukan Islam akan tetap memberikan undi kepada mereka di kawasan yang mempunyai komposisi kaum yang seimbang.

Dipercayai, itu adalah strategi sandiwara yang mereka gunakan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan ia pernah digunakan pada PRU ke-12 sebelum ini.

Hakikatnya, siapa yang yang percaya kepada sandiwara tersebut, maka mereka boleh dikatakan belum cukup matang dan mudah tertipu dengan propaganda palsu mainan politik Pakatan Haram yang sering memanipulasi minda rakyat.

Sebenarnya, kalau dilihat dari sejarah PAS, parti itu hanya menggunakan modal perlaksanaan hudud untuk memancing undi umat Islam di negara ini sejak zaman berzaman lagi. Namun hakikatnya, mereka tidak mampu pun membuat draf hudud, apatah lagi melaksanakannya.

Meskipun cuba membuat draf hudud sebelum ini dengan menggunakan dana Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu, usaha tersebut gagal kerana draf yang dibuat itu tidak lengkap, tidak adil, tidak syumul dan bercanggah dengan konsep keadilan di zaman ini.

Namun, mereka cuba menutup kegagalan dan kekurangan ilmu mereka itu dengan menyalahkan UMNO. Kononnya, UMNO tolak hudud mereka. Padahal, draf hudud mereka penuh dengan kelemahan dan keraguan, macamana UMNO nak terima?

Umat Islam mahu kerajaan melaksanakan hudud PAS yang tidak adil?

Nak harapkan PKR bersuara tentang hudud? Rasanya, Ketua Umum dan Timbalan Presidennya sangat takut hudud dilaksanakan memandangkan mereka memang gemar dengan beberapa tabiat dan aktiviti yang “kurang sihat”.

Mungkin juga mereka takut disebat atau direjam sampai mati?

Bagi DAP pula, dari dulu lagi mereka cuba membayangkan kepada golongan bukan Islam bahawa hukum hudud adalah sejenis undang-undang yang zalim, ganas dan tidak wajar dilaksanakan di Malaysia.

Mereka tahu bahawa dengan menakut-nakutkan golongan bukan Islam begitu, hudud akan ditolak sepenuhnya dan DAP akan mendapat undi kerana menentang hudud. Apatah lagi di dalam DAP, mereka memang menolak perlaksanaan Islam sepenuhnya di negara ini.

Padahal, hudud adalah undang-undang terbaik yang datangnya dari Allah. Perlu diingat, hudud PAS dan hudud Allah jauh berbeza. Contohnya, hudud PAS tidak adil manakala hudud Allah sangat tepat dan adil sepanjang zaman.

Sebenarnya, DAP memang menentang perlaksaan undang-undang Syariah yang diamalkan di Malaysia. Namun kerana undang-undang Syariah adalah dibawah kuasa DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu, maka mereka tiada pilihan untuk membantah perlaksaannya di negara ini.

Pada saya, sekiranya benar PAS mahu kerajaan melaksanakan hukum hudud, mereka tidak boleh berkolaborasi dengan DAP untuk memperjuangkan hasrat tersebut. Untuk memperjuangkan hudud seorang diri pula, PAS tidak cukup ilmu untuk menjayakannya.

Sepatutnya, PAS perlu bekerjasama dengan kerajaan, khususnya UMNO untuk melaksanakan hukum hudud di mahkamah Syariah di negara ini. Undang-undang tersebut perlu dikaji, dibahas dan diperjelaskan sepenuhnya sebelum dilaksanakan.

Namun, PAS sombong. Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan PAS Kelantan sehingga kini masih gagal membuahkan hasil. Bagaimana nak membuahkan hasil sekiranya mesyuaratnya sering tertangguh dan tiada fokus diberikan. Lagipun, jawatankuasa itu juga dikatakan “tak cukup ilmu”!

Justeru, pada saya, kekeliruan ini sebenarnya boleh dirungkai oleh kerajaan UMNO/BN. Di dalam kesepakatan UMNO/BN, undang-undang Syariah dan Sivil dilaksanakan dengan baik meskipun ia perlu penambahbaikan dari sistem perundangan sedia ada.

Usah termakan dengan sandiwara PAS dan DAP kerana mereka sememangnya terkenal mempergunakan sesuatu yang tidak mampu mereka lakukan untuk menipu rakyat semata-mata untuk meraih undi secara kotor dan tidak bermaruah. Titik.

SUMBER

1 comment:

rebellion said...

sandiwara la, kepala hotak, Umngok haram langsung takde usaha nak buat,

cuba buat gak forum terbuka untuk bincangkan mende ni dan dapatkan respond rakyat,

ni tau nak halang jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive