Sunday 29 June 2014

MESIN KUDA !! PEMUDA UMNO WILAYAH BUKA MULUT !!! @RazlanRafii





Pemuda UMNO Wilayah menyambut baik atas pembongkaran Mingguan Malaysia terhadap kegiatan judi yang berleluasa di seluruh Negara.

Kegiatan ini dilihat seperti mempunyai lesen besar dari pihak berkuasa sehingga pelabur judi haram tidak pernah ada rasa takut untuk melabur.

Empunya premis juga sudah lali dengan tumpulnya gigi pihak berkuasa sampai tidak ada rasa gundar untuk menyewakan premis mereka untuk kegiatan judi.

Ada beberapa pihak yang perlu kita GEGAR atau dikenakan renjatan Letrik bagi membangunkan mereka, bagi menyedarkan mereka bahawa "sedar atau tanpa sedar, jabatan/kementerian kamu menghalalkan judi di seluruh Negara"

1. Pihak bekuasa tempatan seperti DBKL, MPSJ, MPPJ, dan lain-lain sudah tentu mereka ini mempunyai kuasa dalam memberi lesen perniagaan, pasukan pemantau lesen premis sudah tentu menjalankan rondaan berkala bagi pemantauan.



2. Pihak Polis Diraja Malaysia yang seharusnya menjaga kegiatan haram di setiap kawasan, ada kalanya pusat judi haram ini berada tidak sampai 100 meter dari kawasan mereka bertugas.

3.Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia menjaga pemberian lesen Siber kepada syarikat Internet, sekiranya ada memberi lesen, sudah tentu adanya pemantauan, penggunaan Kenalpasti DNS juga amat mudah digunakan bagi megenalpasti premis menjalankan aktiviti Judi, apakah mereka kurang KEPAKARAN?

4. Tenaga Nasional Berhad, yang memberi sumber elektrik kepada premis. Adakah peraturan TNB membenarkan premis mengunakan sumber tenaga bagi syarikat yang melanggar undang-undang?

5. Syarikat Jalur Lebar seperti TM, YTL dan lain-lain, seperti tidak ada tanggunjawab untuk membenteras kegiatan judi haram, setiap syarikat pengguna yang memohon sudah tentu ada latarbelakang syarikat, kalau ada penipuan, kenapa tidak ditamatkan atau menghalang premis itu menggunakan perkhidmatan.

6. Akhir sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), janganlah bertindak pasif, kalau mahukan sebenar-benar menyiasat aktiviti rasuah secara total, bertindaklah secara proaktif, kegiatan judi haram umpama Gajah di depan mata, tidak perlulah mencari kuman di seberang laut, selesaikan yang di depan mata dahulu.

Pihak-pihak yang diatas adalah empunya kepada undang-undang atau syarat-syarat, mereka mempunyai kuasa di atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Bersatu dan benteraslah kegiatan haram ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

2 comments:

Anonymous said...

judi itu dikira sudah besar bro..masalah trafik pun polis tak bolih selesai...lihat saja dibandar besar saperti KL, SEREMBAN atau mana mana saja. Berapa kerapkah kita lihat anggota polis meronda..haram..
dulu kata anggota tak cukup..dlm setahun berapa ramai anggota polis lahir dari pusat pusat latihan..kemana kesemua mereka ini...makan gaji buta ke semuanya..patut lah dikebanyakkan balai kita lihat anggota semuanya macam badak air..kenapa tiada pemantauan dari bukit aman...makan lah duit haram tu.

Pemerhati said...

Sdra kt atas, sy pun sama hairan dan terfikir ke mana anggota Polis Trafik ni yang cukup ramai kalau ada function Menteri2 datang tp pada hari biasa ke mana mereka??

Dengan keadaan trafik yg cukup sesak di mana2 bandar di Malaysia, Polis2 ini sembunyi di mana? kalau ada kemalangan maut baru lah nampak muka Polis2 ini dtg kutip cebisan mayat atau tangkap gambar??

Apakah kerja utama Polis Trafik sekarang berbanding tahun 80-90an dulu mereka berada di merata-rata tempat di jalan raya untuk cegah kesalahan jalan raya, pantas mengawal trafik SEBELUM jadi sesak..

tapi sejak sekarang meraka buat apa? kerja pejabat? buat statistik kematian? ribuan anggota ini hanya duduk di pejabat?

Malaysia semakin pelik, undang2 hanya jd hiasan.. sebab pegawai yg diamanahkan hanya jalan kerja ikut musim atau bila digertak media.

Sama dengan kes judi.. kes subsidi diesel, pendatang haram dsgbnya.. semuanya nk kena bising dlm media..

apa nk jd sistem tadbir negara ini? apakah krn PM lembik maka semua yg dibawah turut lembik dan ambil kesempatan?

Sampai bila?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive