Tuesday 1 July 2014

RIZAB ANTARABANGSA BANK NEGARA BERJUMLAH AS$130.94 BILION




Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia(BNM) secara rasminya berjumlah AS$130.94 bilion sehingga akhir Mei 2014, manakala aset mata wang asing sebanyak AS$4.45 bilion.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, BNM berkata berdasarkan rizab antarabangsa Malaysia mengikut format ‘Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa menunjukkan pada akhir Mei, rizab Malaysia tetap boleh guna dan tiada halangan menggunakannya.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$267.4 juta, disebabkan oleh pembayaran balik berjadual dan pinjaman luar negeri oleh kerajaan.



” Pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2.76 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang. Jumlah kedudukan hadapan sebanyak AS$850 juta sehingga akhir Mei 2014,” katanya.

Bank pusat itu berkata satu-satunya salur keluar bersih bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan ke atas hutang luar negara dalam tempoh setahun sebanyak AS$232 juta. – Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive