Friday 4 July 2014

KERAJAAN KEDAH TUNJUK FAKTA PEMBINAAN AIRPORT BARU


Kerajaan negeri Kedah telah mengemukakan fakta-fakta serta justifikasi berhubung cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di negeri ini kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, pihaknya akan melihat dan membincangkan tentang bagaimana untuk merealisasikan cadangan itu.

"Ia (pembinaan lapangan terbang) memerlukan perbincangan lanjut tentang keperluan dan implikasinya. Bukan sahaja dari segi kewangan tapi tentang kewujudan infrastruktur lain sedia ada di Malaysia, juga perlu melihat dari segi konsep pembangunan bagaimana perlu dibiayai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat dan memberikan taklimat berhubung program pembangunan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) di pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman

Sementara itu,Menteri Besar YAB Dato Seri Mukhriz berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pendekatan yang diambil EPU yang mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan seawal 18 bulan sebelum pembentangan RMK-11.

"Kedah sudah kemuka beberapa cadangan yang selalu kita selalu sebut iaitu tentang lapangan terbang antarabangsa, lebuh raya dan pelabuhan di Kuala Kedah dan lain-lain.

"Kita berminat dengan taklimat EPU mengenai RMK-11 dan kita nak selaraskan perancangan bagi Kedah supaya seiring dengan apa yang dirancang kerajaan pusat," katanya.


1 comment:

Anonymous said...

Selain dari lapanganterbang bercirikan TAMADUN ISLAM, DYMM SULTAN KEDAH bersama YAB DS Mukhriz juga patut menubuhkan pelabuhan serta pelancongan termasuk "Cruise ship" bercirikan TAMADUN ISLAM dan kepunyaan industri ISLAM/Melayu sendiri - terutamanya di LANGKAWI! Lihat program KEMBARA ISLAM bersama YB Ustaz Kazim ini (yg. harapnya dpt diperluaskan utk. umat Islam global - termasuk menaja anak-anak yatim dan pelarian-pelarian Islam termasuk anak-anak pelarian Islam Palestin dan Rohingya yg. asyik malang) di - http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/07/ustaz-kazim-beri-teguran-artis-bertudung.html :

Ustaz Kazim Beri Teguran Artis Bertudung

July 4, 2014

……Dalam pada itu mengenai program Kembara U.K.E. ia bakal merakamkan pengisian dakwah secara santai bersama peminat di atas kapal mewah Star Cruise ke beberapa destinasi menarik iaitu Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Phuket, Thailand.

Jelasnya lagi, kembara di atas kapal sentiasa menjadi impiannya dan dia bersyukur ia bakal terlaksana dengan kehadiran peminat.

"Insya-Allah kembara itu nanti melibatkan aktiviti seperti kuliyah selepas waktu Subuh dan Maghrib serta beberapa tazkirah lain seperti pada waktu matahari terbit dan terbenam.

"Malah setiap perjalanan pelayaran ini termasuklah aktiviti perjumpaan bersama masyarakat Islam di Langkawi dan Thailand," ujarnya.

Kata Ustaz Kazim lagi, setakat ini sambutan terhadap kembara itu amat memberangsangkan di mana hampir 600 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertainya.

"Alhamdulillah biarpun belum menghebahkan secara rasmi namun sambutannya diluar jangkaan dan tempat kosong masih berbaki 100 orang sahaja," katanya.

Kembara U.K.E. itu akan diadakan pada 24 hingga 27 Ogos depan dan Astro Oasis bertindak sebagai penyiar utama dengan kerjasama Intratama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Makcik Sambal Belacan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive