Friday 2 May 2014

REJIMEN ANARKI BERTUMBUK DENGAN KUMPULAN MEDIA ?




Sebaik sahaja doa daripada penganjur pehimpunan membantah GST tamat, sekumpulan anak-anak muda yang dikenali sebagai Rejimen Anarki menyalakan suar api dan berarak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menuju ke arah Dayabumi di sini.

Jurufoto akhbar yang mengikuti kumpulan berkenaan secara tiba-tiba diasak sebelum sebilangan daripada kumpulan itu menendang pihak jurufoto yang merakamkan gambar mereka.



Malah ada di antara mereka melaungkan kata-kata kesat termasuk ‘Fuck Media’, ‘media anjing kerajaan’, dan ‘butoh media’ sambil membaling botol air mineral dan juga kayu bendera.

Jurufoto media yang terkejut dengan keadaan itu cuba melindungi diri sendiri, namun terus diasak oleh kumpulan anak muda ini.

Apa pun, asakan kembali daripada pihak jurufoto media menyebabkan kumpulan anak muda ini terpaksa berundur kembali ke Jalan Raja Laut.

Namun tiada kecederaan direkodkan dalam kejadian berkenaan. – Utusan Online


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive