Monday 23 September 2013

PENGANALISIS AKUI MUKHRIZ CALON BERPOTENSI SEBAGAI NAIB PRESIDEN



Pencalonan Datuk Mukhriz Mahathir dilihat sebagai individu yang paling berkredibilti untuk memegang salah satu daripada tiga tampuk kepimpinan bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Penganalisis Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Jayum Anak Jawan berpendapat, anak kepada mantan perdana menteri itu menampilkan ciri-ciri yang diinginkan parti untuk melalui proses mendekatkan diri kepada orang muda.

"Kalau kita lihat dari segi peluang itu, parti mahukan transformasi, mahu orang baru muka baru dan mahu berhubung dengan orang muda dan oleh kerana itu, saya melihat Datuk Muhkriz adalah calon yang perlu diperhatikanlah.



"Itu yang parti mahu dan kepimpinan parti mahu, mahu darah baru, mahu muka baru untuk memberi nafas baru kepada parti, sebab itu saya melihat beliau mempunyai peluang kerana beliau mencerminkan itu berbanding calon-calon yang lain," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Tambahnya lagi, Mukhriz mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kerusi itu walaupun tidak mempunyai banyak pengalaman yang boleh dijadikan kayu ukuran kepada kepimpinan beliau.

"Betul beliau kurang pengalaman, kurang pencapaian yang hendak ditonjolkan, tetapi dalam konteks nak baru nak darah baru, dan nak idea baru, jadi itu mungkin orang yang baru kerana tak pernah pegang apa-apa jawatan penting dalam parti.

"(Beliau) berpotensi utnuk merampas satu daripada kerusi daripada tiga yang dipertandingkan itu, beliau mempunyai peluang yang amat cerah kerana parti memerlukan seseorang yang boleh berhubung dengan orang muda," jelasnya.

Perebutan 6 penjuru bukti perkembangan demokrasi

Dalam perkembangan yang sama, Tan Sri Badaruddin Amiruddin yang merupakan veteran UMNO melihat baik pertandingan enam penjuru bagi posisi jawatan ini.

Sambil menyifatkan ianya satu perkembangan demokrasi yang baik dalam oragnisasi itu, beliau turut mengingatkan agar perjuangan asas parti dapat terus dipertahankan bagi mewakili agama, bangsa dan juga tanah air.

"Zaman berubah, kepimpinan berubah, tetapi jangan asas parti itu diubah, itu tidak boleh.

"Saya minta satu sahaja, biarlah mereka ini berkhidmat kerana Allah, berkhidmat kerana bangsa dan berkhidmat kerana tanah air, ini adalah mengikut perlembagaan parti untuk bersatu, bersetia berkhdimat dalam parti pula kita berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

"Siapa sahaja yang ditakdirkan untuk dipilih oleh Allah untuk menjadi naib antara tiga itu, pikul amanah itu dengan sebaik mungkin kerana ini amanah daripada Allah dan juga amanah daripada 3.5 juta lebih ahli-ahli UMNO dan juga orang Melayu di dalam negara kita ini," jelasnya ketika mengenai senarai calon yang mendaftar bagi Pemilihan Agung UMNO yang berlangsung semalam.

Menyentuh berkenaan proses peremajaan parti, ternyata pengerusi tetap UMNO ini menampilkan sudut pandangan yang berbeza.

Beliau menegaskan bahawa proses itu merupakan satu proses yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa bagi memastikan parti sentiasa bergerak dan berfungsi dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang.

"Saya sendiri dulu berasal dari pemuda, saya berjuang dah 39 tahun daripada pemuda, akar umbi kemudian bila sampai masa ketika waktu, kita sendiri akan datang dan pergi.

"Dulu saya pemuda, saya mengekori kepimpinan yang terdahulu daripada saya, kemudian selepas itu kepimpinan saya memberi laluan kepada saya mengetuai dan memimpin parti, ini meremajakannlah, bukan UMNO itu tidak meremajakan.

"Ini proses, proses itu kena datang, tak kan pemimpin itu nak bertongkat sampai umur dia berpuluh tahun," katanya.

Beliau mengingatkan golongan pemimpin supaya sedar dan tahu waktu yang tepat untuk menyerahkan kepimpinan kepada mereka yang lebih layak agar parti sentiasa mempunyai pelapis untuk memimpin.

"Maknanya sampai masa ketika waktu, kita kena sedar bahawa sampai masanya kita bukan meninggalkan parti, bukan kita bersara tetapi kita memberi laluan kepada generasi pelapis kita dan kita akan terus berjuang bersama dengan mereka.

"Anak-anak muda juga kena menghormati saya sebagai orang yang berumur, jadi kalau kita kata UMNO ini tidak meremajakan, itu tidak betul kerana dari semasa ke semasa memang diremajakan," katanya. AntaraPos

3 comments:

Anonymous said...

Bukan setakat Naib! Dia sepatutnya mencabar Presiden. Yg ada skg tak leh pakai!

Anonymous said...

Kalau betul2 hendakkan TRANSFORMASI pastikan Datuk Mukhriz menang. Buangkan yg takut nak bertindak, asyik2 amaran, amaran...bertindak takut.

Anonymous said...

rakyat pastinya akan menantikan keputusan PAU nanti..kalau mukhriz kalah memang umno akan teruk dihentam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive