Thursday 26 September 2013

JENAZAH ALLAHYARHAM UST AZIZAN SELAMAT DIKEBUMIKAN




Jenazah Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.








Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

1 comment:

Anonymous said...

Salam, Aku turut sedih dgn pemergian Ust Azizan, dia merupakan MB Kedah yg memupuk perpaduan antara PAS UMNO. Tp syg lembu2 PAS yg lain maku kutuk dia semasa hayatnya sbg talibarut/ 'barua' UMNO.

Nk Solat jenazah pun PAS masih fikir 'parti', pilih markaz mereka konon Masjid Nurul Ehsan.. itu markaz PAS.. bkn masjid awam. Eloknya bawakla ke masjid yg terdekat dlm Qariah nya-Masjid Al-Bukhari atau Masjid Taman Uda yg jauh lebih luas dan besar.

Ust Azizan simbol MB persaudaraan.. dia pakai songkok..dia pakai kopiah.. dia pakai sampin dia paka jubah.. dgn org UMNO pn dia kawan baik, dgn org PAS pun dia tolong..

Lihatlah di hari pemergiannya.. tak kira org parti mana.. semua pakat2 mai.. smpai bila kah org2 PAS akan taksub totok dgn parti depa..

Semoga Allah SWT berikan Hidayah.

Semoga Allah SWT tempatkan Ruh Almarhum Ust Azizan razak dr kalangan org Soleh, diampunkan semua dosa2nya, diangkat semua kebaikan dan jasa2nya.. kebaikannya banyak.. Subhanallah...

Amin ya Robb.

Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive