Wednesday 25 September 2013

PANASS !! BINI MAT YO KERABAT MANA ? SUKA HATI NAK TENDANG ORANG ??




Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.





Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.

” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.

Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.

” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.

Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.


“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.

Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.



http://youtu.be/06wRikERqi8

http://youtu.be/06wRikERqi8

Oleh: JULIANA JOHAR DAN IBNU KHUSAIRY


Mynewshub.my






9 comments:

Anonymous said...

ari tu gelar anuar musa, an***g. memang biadap species perempuan ni. yang femes, org kenal, tuk la'ki mu. bila kena cerai baru tahu langit tinggi rendah. perlu tambah garam sikit kat kehidupan dia ni....

Anonymous said...

Bro -jangan Marah . Pompuan ni memang keturunan Raja .

Dia adalah suku sakat "Raja" ...maksud aku Raja Gopal...

Tapi perangai hodohnya adalah tanggungjawap diri sendiri dan tak ada kaitan dengan mana mana pihak...

memang biadap dan kurang hajar ...pompuan ni kesian aku tengok laki dia ..memang Poyo dan Toya... tunggu sahaja sehari dua lagi bila dah tak larat belari tengah padang ...

masa tu mungkin kita tengok dia terhegeh hegeh ...jual muka...

macam biasa orang sombong bodoh macam ni x lama ... kita tengok kemana sangat dia nak bawa ego dia...

Anonymous said...

Kurang ajar punya perempuan ptuihh!

Anonymous said...

Anak didik tok garu macam tu ler...dia ingat dia kera-bat dan ada keta Alphald dia boleh masuk syurga free?

Hidup pak cik guard!

Anonymous said...

Dia ni memang betul kerabat raja tapi raja siamang yg suka terloncat2 tu..

Lenggang Kangkung said...

sungguh memalukan..

puteh melati said...

Mari kita semua ambik iktibar dr kejadian ini.ertinya kerana akhlak yg buruk ni,terkenal atau cantik mcmnapon manusia pon benci.Allah tentu lebih lagi.jd hidup kita kna ada peraturan.ikut undang2 bila masuk tempat orang.jgn fikir darjat kt tinggi n bole buat orang apa sja.kan hidup ibarat roda!

Anonymous said...

Saya rasa memang kerabat raja...raja daun ketom.

qis_teena said...

Biadap pompuan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive