Sunday 25 August 2013

WA BUKAN NAK LELONG TAPI NAK TOLONG !!! KOPERASI SATUKAN EKONOMI MELAYU & KEKUATAN UMMAH! #HariKoperasi2013 @SKM_Malaysia @tunfaisal




Hari pertama berlangsung Forum Perdana Ehwal Islam membincangkan konsep koperasi dari aspek Islam sempena hari sambutan Hari Koperasi Negara 2013 yang berlangsung di dataran Darul Aman Jitra.. Bagi aku, apa yang dijelaskan oleh barisan ahli panel pada malam itu tentang koperasi memang menarik..

Memang rugilah bagi sapa yang tak mai, tapi jangan risau, ada rakaman semasa Forum berkenaan.. Cuma aku nak share sedikit tentang apa pentingnya koperasi ini dari segi ekonomi dan dari segi jihad...

Kenapa orang cina banyak persatuan ?? dan mereka suka masuk persatuan ?? Sebab melalui persatuanlah mereka kuat, bersatu dan mempunyai kewangan yang kukuh dan dapat membantu mereka contohnya untuk memulakan perniagaan..



Sama seperti orang Melayu, kita menubuhkan koperasi untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama..

Dalam erti kata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

Banyak koperasi koperasi besar di Malaysia telah berjaya dalam bidang masing masing. Sehingga ada diantaranya diberi penghargaan oleh kerajaan... Namun, masih ada lagi rakyat Malaysia kurang berkeyakinan dengan kepentingan koperasi untuk memajukan sosio ekonomi diri

Aku yakin, dengan adanya acara acara besar tentang koperasi seperti Hari Koperasi Negara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Kementerian (KPDNKK) seperti ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat lebih lebih lagi yang ingin memulakan bidang perniagaan..

Jom kita layan rakaman Forum Perdana penjelasan dari Ust Kazim part I

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive