Wednesday, 28 August 2013

SIDANG DUN KEDAH !! ADUN PAS TOLAK UNDANG UNDANG BANTERAS SYIAH DI KEDAH ??!! HANYA ADUN UMNO SAJA SETUJU BANTERAS SYIAH !!!




Ketegasan Kerajaan BN Kedah untuk membanteras gejala penyebaran fahaman Syiah di Kedah wajar dipuji apabila usul membanteras fahaman berkenaan dibentang didalam sidang Dun Kedah semalam..

Disini timbul persoalan kenapa pihak pembangkang khususnya Pas menolak enakmen untuk membanteras gejala Syiah di kedah..Jika Pas betul betul menentang Syiah, kenapa tidak menyokong undang undang baru tersebut ??

Adakah Pas melihat undang undang banteras Syiah berkenaan adalah satu ancaman kepada Pas?? Jika benar satu ancaman, dicadangkan agar Majlis Agama Islam Kedah mewujudkan 1 pasukan khas untuk memantau pergerakkan pemimpin pemimpin Pas..



Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan diijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri ini.

Keputusan itu dibuat menerusi undian pada hari ketiga Persidangan DUN Kedah Ke-13 di sini semalam setelah Pihak pembangkang secara prisip tidak bersetuju dengan pindaan enakmen tersebut.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, dalam undian berbelah bahagi yang difahamkan kali pertama dalam DUN Kedah itu, sebanyak 21 wakil rakyat menyokong usul supaya enakmen tersebut diluluskan manakala sembilan membantah, empat berkecuali dan dua orang tidak mengundi.

"Maka isu Syiah telah diselesaikan di peringkat DUN Kedah kerana sekarang kita mempunyai enakmen membenarkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang semata-mata diwujudkan untuk membanteras penyebaran fahaman Syiah," katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Kedah malam tadi.

Persidangan selama tiga hari berakhir pukul 10.45 malam itu merupakan ujian pertama dihadapi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. - UTUSAN ONLINE


2 comments:

Xpas said...

Bgmn menjauhi kesesatan bila yg jelas sesat masih tak dikenal, bgmn menjauhi kesesatan bila pembenterasan kesesatan pun tak disokong ? Amar ma'ruf nahi mungkar pun berdasar kepentingan politik ?

Anonymous said...

secara zahirnya telah nampak perpecahan pendapat dalam PAS sendiri ttg isu syiah! secara batinnya kita tidak tahu setakat mana syiah telah meresap kedalam PAS!

PAS sepatutnya membersihkan dulu syiah dari dlm parti (kalau la ada)..tetapi kalau rasa tiada kenapa perlu menentang usul ini? lagi la rakyat bawahan rasa was2 dan akhirnya menimbulkan fitnah!

kurang cerdik bilamana pemimpin yg kita mahukan perjuangkan islam namun bersikap membelakangkan kehendak rakyat kedah yg cuba mengekang syiar syiah sejak dari dulu lagi!

ini bukan cara politik yg sihat! bangkang..bangkang jugak..tapi kalau melibatkan dgn penguatkuasaan undang2 penyebaran syiah kenalah setuju..

inilah sebab org dok kata belakang..PAS dah berubah sejak berkawan dgn DAP dan PKR..hampa pemimpin bukan nak dengar cakap org bawahan...hampa kira undi saja..PRU 14 ni hampa semua terlondeh la..aku tengok mukriz tu steady ja..aku dengar org PAS sendiri dah tertambat hati dgn dia..

aku rasa ustaz azizan mesti setuju dgn usul ini..kalau tak setuju jugak kena post mortem la..kenapa tak setuju!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive