Saturday 24 August 2013

TERKINI !! ANGGOTA MALBATT 5 MAUT NAHAS DI LUBNAN



Seorang anggota kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 5 Sarjan Rosdi Mohamad Zain maut dalam nahas kenderaan jenis Kembalik menakala dua lagi anggota masing-masing seorang pengiring dan pemandu cedera parah.

Mangsa yang cedera parah ialah pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan dan pemandu Lans Koperal Nur Syahied.

Mengikut laporan awal Bernama, kenderaan Kembalik yang dinaiki mereka hilang kawalan dan jatuh di kawasan lereng bukit di Lubnan sejauh kira-kira 15 meter malam tadi waktu Malaysia.

Memetik laporan Kosmo Online, kejadian berlaku ketika proses pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) Malcoy 9 Malaysia dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.



Kenderaan jenis Kembalik yang dinaiki mereka yang ketika itu sedang menunda sebuah kenderaan perisai jenis Condor sebelum hilang kawalan dan jatuh ke lereng bukit kawasan itu.

Ketika kejadian konvoi berkenaan melibatkan 41 orang anggota dan lapan buah kenderaan tentera pelbagai jenis.

Bagaimanapun, tiada anggota berada di dalam kenderaan Condor yang ditunda pada ketika itu.

Kami sehingga kini masih menunggu maklumat terkini berkenaan kejadian itu dan berita lanjut akan menyusul.

Mynewshub.my

4 comments:

Anonymous said...

Tabung Haji makin lama makin parah , tambah-tambah sekarang Azeez Rahim jadi pengerusi . Dulu aku dengar banyak orang dok bercakap belakang pasal pegawai-pegawai kat Tabung Haji, ada beberapa spesies korup, penting kroni dan kaki sakau. Hang pa cuba teka Azeez Rahim yang dah jadi pengerusi Tabung Haji tu dalam kategori mana satu ?

Ni nak tanya kat Azeez Rahim , betul ka CEO Tabung Haji Real Estate yang beroperasi kat Arab Saudi tu kawan baik pada Jasmi Ismail iaitu abang kepada Ismee Ismail ?? Ini sudah dikira KRONI ! Hang cuba-cuba nak cover ... Ismee Ismail ka dok control Azeez Rahim atau Azeez Rahim yang dok kontrol Ismee Ismail . Peduli la.. yang aku tau dua-dua masyukkk. http://no2azeezrahim.blogspot.com/

praha2 said...

Isu tentera kita maut diLubnan tu macam tak kena je. Kalo ikut kan eden tak payah lah nak hantar tentera kito sano. Oran Arab pun tak hantar apasak kito dok sebok nk hantar. Nak namo ko? tak payah raakyat kito lagi ramai yang menderita tolong lah diorang dulu. bak kato perpaah inggeris "everything begins at home" atau charity begins at home-ikut suka hatilah.

Anonymous said...

Hey anon 19:38pm, lu apasal asyik kutuk Datuk Azeez aahhh....?! Baik lu pergi BERAMBUS! Cina DAPigs/PKR yg. disyaki DALANG DAJAL MENAJA GENG KONGSI GELAP Cina/India yg asyik bunuh umat Islam/Melayu termasuk polis, lu tak pula hentam aahhh..! KURANG AJAQ lu!

Anonymous said...

Al-Fatihah utk. PERAJURIT BERJASA kitaSjn. Rosdi yg. terkorban membantu umat Islam. Harapnya pihak Kem. Pertahanan akan membela keluarga mereka sepenuhnya, termasuk 2 lagi PERAJURIT kita yg. cedera parah.

Lagipun, Israel dgn. sekutu Baratnya, makin ganas nak menawan seluruh Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, bermula dari Dunia Arab ini - lihatlah, Libya, Iraq, Mesir dan skrg. Syria dan Lebanon.
Memang DAJAL si Barat-Israel - sebab itu jgn. lansung kita TUNDUK lagi kpd. ungg-undg 'universal' yg. sebenarnya berasaskan "demokrasi/hak asasi" Barat-Zionis SAMPAH, salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive