Wednesday 21 August 2013

TERKINI !!! BAS GENTING HIGHLAND JATUH GAUNG



Sebuah bas dipercayai bas henti henti ke Genting Highlands terbabas dan terbalik selepas terjatuh dalam gaung di jalan Genting Highlands sebentar tadi.

Gambar kemalangan itu dimuatnaik oleh laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Pihak bomba memuatnaik keadaan bas yang sudah jauh terperosok ke dalam gaung.




Berapa ramai penumpang di dalam bas berkenaan masih belum dapat dipastikan dan juga apa nasib menimpa mereka masih belum dapat diketahui.

Jalan untuk ke Genting Highlands sering terjadi kemalangan kerana keadaannya yang curam dan berbahaya kepada para pemandu sama ada yang memandu naik atau pun memandu turun.

Berita selanjutnya akan menyusul sebentar nanti. – Mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive