Thursday 29 August 2013

PEMILIHAN PEMUDA UMNO : KEMAMPUAN MATERIAL DAN CALON KORPORAT !! SETUJU PENDAPAT @tunfaisal




Aku setuju 100% apa yang ditulis oleh Pengerusi UMB, saudara Tun Faisal, dalam artikel terbaru beliau #PemilihanUMNO : Siapa calon Exco Pemuda yang berkesan?!..

Memang bukan mudah untuk menjadi pemimpin pemuda lebih lebih lagi yang terdiri daripada golongan korperat..

Sebab kekangan masa dan kemampuan untuk mengurus, ye la nak jaga Business lagi, nak tumpu ke parti lagi..Takut last skali kerja parti diabaikan..

Fokus pemuda sekarang ini adalah pada PRU14.. Masa tu lebih dari 70% pengundi muda akan mengundi..Soalnya mampukah pemuda Umno menarik pengundi muda yang pertama kali akan mengundi pada PRU14??

Ketika ini Dap lebih advan kehadapan mencari pengundi pengundi baru.. Pemuda Umno macamana pula??


Dibawah ini antara petikan yang aku ambil dari blog Tun Faisal dot com iaitu tentang kemampuan material, calon korporat pemuda Umno..


Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Keupayaan kewangan calon penting bagi memastikan beliau dapat menggerakkan biro tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Tidak ada masalah memilih calon di kalangan ahli perniagaan dan di kalangan mereka yang kaya, asal sahaja mereka menggunakan kekayaan mereka untuk memastikan biro dan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan efektif.

Yang menjadi masalah adalah Exco yang menggunakan kedudukan mereka untuk mencari lebih banyak kekayaan tanpa menyumbang kembali kepada gerak kerja pemuda dan membela rakyat.

Bagaimanapun keupayaan kewangan bukan ukuran mutlak keberkesanan seseorang Exco. Sepanjang pengalaman sejak 2001, ada juga di kalangan Exco Pemuda yang kaya tetapi tidak efektif kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja. Ada juga yang kaya tetapi tidak efektif kerana mereka hanya berminat untuk mencari kekayaan tambahan berbanding melaksanakan program.

Sebaliknya, kekurangan dari segi wang ringgit pula bukan faktor mutlak kegagalan sesorang exco. Ada exco yang bekerja makan gaji yang boleh menjadi efektif. Cuma bukan mudah. Saya suka mengingatkan bagi mereka yang makan gaji, anda mungkin terpaksa bekerja lima kali ganda lebih keras berbanding mereka yang mempunyai kekayaan bagi mendapatkan dana untuk menggerakkan biro anda. Janganlah diharap sangat kepada projek-projek kerajaan, kerana lebih banyak kehampaan dari cerita kejayaan. Menyakitkan hati saja bercakap tentang Menteri-menteri yang tidak boleh membantu ni...

1 comment:

Ari said...

duk dlm pemuda xde duit bro...ayat yg selalu den dongar..berubahlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive