Tuesday, 27 August 2013

@khairikj KENAPA NAK SANGAT BAWA CALON KORPERAT DALAM PEMUDA UMNO MALAYSIA ???


Marah betul rakan rakan blogger aku bila calon yang mereka sedang promote untuk menjadi calon NKPUM dinafikan kelayakannya untuk bertanding dalam artikel aku jumaat lepas..

Maaf rakan rakanku, bukan niat aku untuk menidakkan ketokohan Azwan bro sebagai koperat muda yang hebat yang pernah membantu sewaktu penubuhan Team Media Perak..

Tapi ada juga maklumat yang aku dapat Azwan bro lama menyepi macam chipsmore kejap ada kejap tak ada.Jangan bila dekat pemilihan parti baru nampak muka lepas tu buat roadtour perkenal diri minta restu nak lawan NKPUM ??..

Tak dinafikan, Azwan Bro tak banyak isu peribadi dimainkan cuma aku ada terbaca pendedahan dalam 1 blog saveumnoperak.blogspot.com dan http://en.wikipedia.org/wiki/Khairul_Azwan_Harun tentang kekayaan beliau dan senarai syarikat yang pernah dan dimiliki beliau..


Kalau Azwan Bro rasa benda tu satu fitnah, Azwan bro kena buat penjelasan untuk membersihkan namanya.Itu sahaja..

Cuma aku nak nyatakan disini adalah kepimpinan Pemuda Umno kali ini perlu bebas dari imej koperat..

Ada rakan blogger yang promote Azwan Bro menulis di blognya berkata, Apa masalah jika seseorang pemuda berimej koperat sudi untuk perjuangkan nasib pemuda? Aku nak tanya pula, berapa ramai tokoh koperat yang ada dalam pemuda sekarang ini bantu nasib pemuda akar umbi dan Melayu ?? Kalau ada tolong senaraikan berapa ramai ahli pemuda Umno di peringkat akar umbi yang susah dibantu oleh tokoh tokoh koperat muda Pemuda Umno???

Artikel ini(KLIK) adalah salah satu contoh tokoh koperat yang berjawatan dalam Pemuda Umno tidak mempedulikan nasib peniaga Melayu yang ditindas oleh syarikat yang dimilikinya..

Kalau rakan rakanku rasa tak ada masalah jika calon berimej koperat  boleh mengembalikan sokongan orang muda terhadap Umno pada PRU14, anda semua teruskan, aku tiada hak untuk menghalang..

Apa yang aku nak tekankan ialah transformasi yang perlu dilakukan dalam pemuda adalah bebas dari imej koperat.. Sebab ianya boleh memberikan persepsi buruk terhadap pimpinan pemuda dan Umno masa akan datang..

Cukuplah dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan yang lepas.Janganlah kita pertaruhkan lagi pada kepimpinan akan datang..

Jangan salah faham, Aku menulis ni bukan disuruh atau dipaksa oleh sesiapa, aku tak pernah dibayar oleh sesiapa untuk menulis perihal calon yang akan bertanding pada pemilihan kali ini..

Semua ini pendapat peribadi aku sebab sebelum ni pun aku dah tulis aku akan tolak mana mana calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam pemuda bawa imej koperat.. Rujuk artikel sebelum ni yang dikeluarkan pada 16 Julai 2013..

http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/07/pemuda-umno-perlu-buang-sikap-korporat.html



Misi penubuhan Pemuda UMNO bagai parti dalam parti.Lebih kurang satu entiti pemberontak atau pendesak sama seperti apa yang dilakukan oleh rakan rakan blogger aku ini menyerang sesiapa saja yang buat salah dalam kerajaan dan parti.. Jadi tak salah aku nyatakan pendapat aku bukan ??

Jangan biarkan lagi parti Umno dicop sebagai parti lubuk wang .. Asal masuk Umno saja mesti buat duit.. Pejuang dah jadi pejuwang..

Sebenarnya bukan Azwan Bro sorang saja aku hentam, semua calon yang bertanding NKPUM aku balun lepas ni..Sabarr.. Hangpa ingat aku suka Lokman Adam jadi NKP ?? Please lah !! Jamawi Pemuda Tenom ?? Lagi tak leh blahh ..

MTK
6 blog bantai aku pasal 1 artikel je ?? Masyukk kot ??

3 comments:

Anonymous said...

sdra medan tempur, mohon masuk

Agar tidak di malukan di khalayak umno,saya usulkan Khairi letak jawatan sebelum PAU.
Kalau mau bertanding,make sure PRU 14 ,kj tidak menang.
KJ sudah tak ada aspirasi melayu, dan hanya aspirasi ikutan kepala
bapak kucing,bapak sekolah vernakular.
KJ bolih tubuh parti sendiri .
bolih lantik Presiden parti , dan cadang kan Ah Jib gong Gor presiden seumur hidup.
KJ bolih pilih sendiri apa jawatan kj mau--sultan ,emperor ,ceasar presiden oxon klab,presden sahabat
jonathan fan club,Tony ffffff fan klab presiden, dan CEO selaku majikan regina,ex dapster gangstar.

umno akan untung dengan ketiaaadan Ah jib gong,penyokong tegar Foon Yew High school, dan juga KJ.
KJ semua jawatan wannabe pandai semua serba bolih.
Baru 125 hari makan duit rakyat, lagak sombong takabur lagak angkuh, p em wannabe,ikut ah Jib bapak sekolah vernakular.
gong.
Ah jib Gong,masih tak sedar lagi dan masih umbang ambing kemelayuan nya setakat halwa maskat dan rendang...
KJ pula bidas Utusan Melayu kerana Ah jib tak pernah bidas Utusan.
kj nak ampu, champion ampu najib suami FLOM.
Ah Jib jenis main Devils advocate--arah budak suruhan try test cuba uji trial lab....campak isu ketengah dan ah jib sendiri pandai ulas...lihat isu MAS,suruh idris jala.
Isu disel suruh malik ayam, isu gabung parti, suruh t adnan...pandai devil s advocate ah jib gong.. .
Amalan Devils advocate di pelupori olih Idris jala.
Dan serpihan mind games ini, adalah Endless Possibilities.
ENDLESS POSSIBILITIES memberi chek kosong kapada Ah Jib gor Gong.
maksud Endless Possibiilties:
1.Tiada sempadan,batasan
2.Tiada komitmen
3.Tiada undang undang
4.tiada sekatan.
5.tiada check and balance.
6.tiada accountability
7.tiada pengawasan,tiada oversight.
8.tiada halangan
9.tiada panduan
10.tiada matlamat ,hanya cara saja.ideologi open ended.
11.kebebasan tanpa had saperti lgbt dan kesamarataan agama dll.......
bolih di evolve kapada legalised anarchy dan social disharmony dan civil disorder........
tiada beza dengan PR .....sama aja...
Endless possibillties perlu di bendung,kerana lebih super liberal dari liberal.
Atas kepentingan keselamatan negara.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Yg pasti.. selangor dlm keadaan nazak.. kalau mcm nie la.. rasa2 nya.. pru14 pun umno selangor lingkup.. tolong la ubah.. orang muda selangor ramai yg xsokong bn.. sgt menghairankan.. tak percaye buat la kaji selidik... cikgu2 lg la.. boleh bilang dgn jari yg sokong umno.. - mengharapkan perubahan-

Anonymous said...

azwanbro memunggah kekayaan ketika menjadi SUSK kepada Menteri Besar Perak. Setiap projek punyai komisyen yang tinggi dan dilantik menjadi pengarah syarikat/shareholder dalam syarikat-syarikat yang mendapat kontrak jutaaan ringgit dari kerajaan negeri Perak.

Hingga kini, azwanbro menerima ratusan ribu ringgit sebulan hanya kerana pengaruh kuasa yang ada.

Allah selamatkan UMNO dari tokoh keparat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive