Wednesday 10 July 2013

TUDIAAA !!! AWAT STAFF KUIN TUNJUK ISYARAT BAGUIH KAT YAB MB @MukhrizMahathir ??




Seluruh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menerima berita gembira apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan kerajaan negeri dan Lembaga Pengarah Kuin bersetuju menjadikan kolej universiti itu sebagai sebuah Badan Berkanun negeri.

Pengarah Jabatan Perhubungan Awamnya, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata Mukhriz mengumumkan perkara itu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kuin di sini petang semalam.

"Ini secara tidak langsung menjawab semua tohmahan dan menamatkan khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya Kuin bakal diswastakan dan kakitangan Kuin tidak dibayar gaji," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Selain itu 550 orang kakitangan Kuin turut menerima 'durian runtuh' apabila Mukhriz mengumumkan kenaikan gaji mereka seperti kakitangan awam yang lain.

Beliau berkata ia juga sekaligus menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) negeri yang berjanji akan mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan Kuin setelah sekian lama diabaikan, sekiranya menang pada pilihan raya umum Mei lalu.

"Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin kerana menunaikan janji mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan Kuin yang selama ini terabai.

"Pihak kerajaan negeri dan ahli lembaga pengarah Kuin telah bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 untuk tujuan kenaikan gaji kepada kakitangan Kuin di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau lebih dikenali dengan kenaikan gaji 13 peratus," kata Muhammad Azki.

Katanya, selain itu pihak terbabit juga bersetuju menerima pakai pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2012 untuk tujuan kenaikan kadar bantuan sara hidup sebanyak RM50 dan menerima pakai pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 untuk tujuan pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan Kuin mengikut Sistem Saraan Baru atau lebih dikenali kenaikan satu tangga gaji.

Beliau berkata turut dilaksanakan ialah pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2013 untuk tujuan penambahbaikan jadual gaji minimum–maksimum kepada kakitangan Kuin mengikut SSM.

Katanya, Mukhriz turut mengumumkan bahawa Pihak Lembaga Pengarah Kuin juga bersetuju menerima pakai pekeliling-pekeliling kerajaan yang lain sekiranya kerajaan mengumumkan sebarang imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi atau lebih dikenali sebagai bonus tahunan kepada semua kakitangan Kuin. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive