Aku setuju tindakkan yang diambil oleh Kerajaan Kedah menjalankan audit dalaman terhadap beberapa GLC negeri..
Setidak tidaknya dapat tahu GLC mana yang tak perform dan selalu rugi.. Banyak GLC GLC semasa ditadbir oleh Pas mengalami kerugian jutaan ringgit..Tapi Pas tidak membuat apa apa tindakkan sebaliknya menanggap kerugian adalah suatu yang normal dalam bidang perniagaan..
Kalau rugi sampai 3 tahun berturut turut takkan itu suatu yang normal??
Jadi aku menyokong usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mengenalpasti GLC mana yang hidup segan mati tak mau tu dikuburkan terus..
Lepastu kalau boleh tamatkan kontrak parasit parasit Pas dalam GLC yang duk buat muka tebai kulit babi seperti Sobri Osman kat KTPC..
Kerajaan Kedah sedang menjalankan audit dalaman terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi menentukan sama ada syarikat berkenaan berdaya saing atau tidak, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan melihat model perniagaan setiap GLC.
"Kalau dapati GLC itu tidak berdaya maju, ada cadangan supaya ia membatalkan pendaftaran atau hentikan terus perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Penderma Darah Sedunia dan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan peringkat negeri Kedah hari ini.
Program itu anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu.
Mukhriz berkata kerajaan negeri kini dalam proses menyusun semula pentadbiran GLC negeri secara berperingkat. "Beberapa anggota lembaga pengarah sudah hampir tempoh (perkhidmatan) dan dicadangkan nama-nama baharu," katanya. - Bernama
2 comments:
Parasit yg dilantik PAS masih byk dlm GLC Kedah. Masih berlagak dan berpura-pura menyokong kerajaan sekarang. Mereka ni masih memegang kuasa dlm GLC. Kerajaan perlu berhati-hati dgn spesis ini. Mereka pandai mengambil hati dan menabur fitnah. Silap haribulan kakitangan lain yg menyokong BN kena buang kerja, mereka pulak masih kekal di situ. Berhati-hatilah.
sangat setuju, sebenarnya puak pura-pura ini tdak tahu mencari pendapatan, asyik dok score GLC sja,
jgn kasi chance,
tindakan terbaik dri kerajaan kedah,syabas syabas syabas
Post a Comment