Thursday 11 July 2013

PANASS !!! PRK K.BESUT : PAS UTAMAKAN KEKAYAAN CALON ?




PRK Kuala Besut memperlihatkan satu ‘pembaharuan’ dalam kempen PAS. Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri ‘Islam’ seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai ‘kurang Islam’ tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.

Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai ‘alim’ untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai ‘kaya’. Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut. Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘bank’ PAS. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. “ – Harakahdaily




Nama :
Haji Azlan @ Endut Bin Yusof
Umur :
48 tahun
Pekerjaan :
Ahli Perniagaan Perkayuan danseorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam - Kelas A
Asal :
Kampung Baharu, Kuala Besut
Pendidikan:
Sijil Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Kuala BesutSijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia


Jelas, jolokan ‘bank’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-PAS juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.

Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan ‘kedaifan’ atau ‘kesederhanaan’ pemimpin mereka. Sebolehnya, PAS akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim. Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.

Tetapi, Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula. Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya. Tindakan ini seolah-olah memberi ‘permit’ kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang.

Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS. Malah, rakyat Kuala Besut amat memerlukan pemimpin yang tidak memerlukan derma dari mereka.

Justeru, Azlan merupakan satu-satunya personaliti yang mampu menderma kepada rakyat tanpa perlu meminta dari parti PAS.

Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil, atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.

Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka.

Maka benarlah bahawa PAS telah berubah. Akhirnya, slogan ‘UBAH’ DAP terbukti berjaya mengubah PAS.

(Ini bermakna kerajaan pusat tidak pernah pilih kasih dengan kontraktor terutama kontraktor kelas A seperti kepunyaan Azlan yang banyak mendapat projek dari pusat sehingga menjadi kaya raya)

Sumber

MTK
Laa bukan Ustaz ka ?? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive