Thursday 6 June 2013

NAK TANYA HANGPA !! SALAHKAH KALAU AES DIPASANG DI KEDAH ??



Bila exco terlampau pandai si Tajul Urus membuat kenyataan bahawa Automated Enforcement System (AES) akan dilaksanakan di Kedah. Maka berduyun-duyunlah puak pembangkang berterima kasih kepada rakyat Kedah kena Kerajaan BN Kedah menghadiahkan AES.

Walaupun tahniah yang disampaikan tu cara perli, tapi namun pada hakikat yang sebenar, perlaksanaan AES itu penting dan perlu untuk mencegah kemalangan dan jenayah jalanraya. Kita jangan fikir ia satu hukuman, kita anggap dia sebagai alat keselamatan umpama lampu isyarat. Kenapa kita perlu lampu isyarat? Sebab nak selaraskan traffik. Sama juga macam AES, untuk mencegah pemandu dari memandu terlalu laju.

Kebanyakan orang takut dengan saman yang dikeluarkan AES. Kenapa takut kena saman kalau kita tidak lakukan? Contohnya macam ni, Kerajaan Malaysia laksanakan undang-undang keras kalau melakukan hubungan seks luar tabie, kenapa kita takut pada undang-undang luar tabie kalau kita tidak pernah terfikir nak main 'belakang'? heh..



Patutnya orang yang selalu 'main' belakang atau melakukan hubungan sejenis yang akan takut pada undang-undang itu betul? Jangan takut kalau kita tak buat salah. Macam tu juga dengan AES, buat apa nak takut kalau kita tak langgar undang-undang dan pandu terlalu laju?

Kamera AES bukan hanya untuk tangkap orang bawa laju, ia boleh digunakan untuk memantau pergerakan traffik, boleh digunakan untuk mencegah jenayah jalanraya, boleh memantau jika berlakunya kemalangan dan beberapa fungsi penting lagi.

Sepatutnya kita rasa lebih selamat dengan adanya AES, bukan rasa tersepit. Biar penjenayah yang rasa takut, bukannya kita rakyat marhein ni. Cuma kalau nak pacak AES tu biar la di tempat yang strategik, jangan main pacak ikut suka saja. Buat kajian habis-habis dahulu.

Ada orang kata pacak AES sepanjang jalan pun, kalau nak eksiden, tetap eksiden. Betul, ajal maut tu di tangan tuhan, tapi Allah juga mahu kita berusaha untuk mencegah. Kita manusia hanya mampu untuk merancang, Allah yang menentukan.


Baca Selanjutnya

3 comments:

Anonymous said...

taruk kt traffic light sebab byk kes samun pecah kete kt traffic light skang nih...mak aku baru kene... cilake nyer penyamun...

Anonymous said...

Ya saya setuju tapi jangan guna hanya utk menyaman tapi untuk cegah jenayah, seperti pecah cermin kereta, kes ragut beg, langgar lampu trafik, peras ugut. Puak pembangkang takut sbb mereka suka buat jenayah dan langgar undang-undang. Letak kat tempat strategik seperti simpang trafik light dan kawasan panas...

Anonymous said...

AES adalah untuk business bukan kurang kadar kemalangan, contoh di negara2 maju kelajuan bukan penyebab kemalangan, sekiranya kita ke lebuharaya Jerman contohnya had minima 180 km/jam, di malaysia 110 km/jam, kalau kita kira kemalangan berbagai alasan akan terjadi, sekiranya AES beratur macam tiang talipon kat lebuhraya apamacam?, memang ini akan di buat, contohnya mesin ATM/CDM sekarang ni kat jamban pun depa letak, nak buat undang2 tu mesti ada justifikasi, had laju para pengguna minta tu cuba2lah adjust, keta2 kat Malaysia dah canggih, kancil pun boleh speed 150 km/ jam, kekadang memikirkan rakyat Malaysia yang membuat undang2 selalunya kebelakang, lagi maju lagi mundur pulak metalitinya, dulu kata pakai helmet naik motor selamat, berkecai jugak kepala, pakai tali pinggang selamat mati juga, tambah pulak tali pinggang penumpang belakang mati juga, pergilah ke India relax aje, nak hidup bawak le elok2, kita ni terlampau paranoid nak2 pulak ade Singh dia ni super suggest aje semua nya implemented. Tak payahlah Bloggers ampu2 sangat AES ni nanti U yang kena lepas tu pangkah pembangkang pasal tak puas hati, kekadang kita terpaksa laju, cuba tengok ambulan, polis tambah2 escort2 termasuk riders dia orang bawak macam pelesit, kita depa suruh bawa terkemut2.Yang tak patut laksanakan AES dan GST...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive