Tuesday 4 June 2013

GST BUKAN PERTAMBAHAN CUKAI !!!! RAKYAT PERLUKAN MAKLUMAT TENTANG GST !!! TOLONG SALURKAN MAKLUMAT DENGAN SEGERA




BERAKHIR sudah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Barisan Nasional (BN) kekal sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah negara untuk lima tahun lagi. Abaikan tindakan pihak-pihak yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya itu. Rakyat Malaysia seharusnya memberi sokongan kepada pemerintah dalam perkara-perkara makruf sesuai dengan tuntutan agama Islam. Kini BN juga perlu terus fokus untuk melaksanakan 'Aku Janji' mereka semasa berkempen tempoh hari.

Antara fokus kerajaan dalam 'Aku Janji' berkenaan adalah untuk membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif. Ini termasuklah dengan membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat.

Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan sejak tahun 90-an telah bercadang untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods & Services Tax (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sedang diguna pakai kini. Walau bagaimanapun, cadangan ini senyap kerana kerajaan pada masa itu menganggap bahawa rakyat belum bersedia.

Begitu juga sekitar beberapa tahun yang lepas, kerajaan telah menguar-uarkan untuk melaksanakan GST dan undang-undang telah pun dibacakan di Parlimen kali pertama pada tahun 2009. Disebabkan cukai adalah isu sensitif kerana melibatkan 'poket' rakyat, maka pelaksanaannya sehingga kini masih lagi tertangguh.

Kini setelah PRU-13, cakap-cakap mengenai GST kembali muncul. Di pihak kerajaan, menteri telah bercakap mengenai manfaatnya. Manakala di pihak pembangkang pula mula memperkatakan keburukan dan bercadang untuk menghapuskannya. Sama ada GST memberi manfaat atau keburukan, maka maklumat yang tepat haruslah disampaikan kepada rakyat.



Rakyat kini masih lagi berada dalam kesamaran tentang GST. Tidak dapat dinafikan bahawa amat kurang penerangan, kajian serta forum berkaitan GST diadakan oleh kerajaan. Ini mengakibatkan rakyat gagal memahami justifikasi pelaksanaan cukai baru ini tanpa menyedari bahawa lebih daripada 140 negara di seluruh dunia telah melaksanakan GST, termasuk jiran-jiran ASEAN kita seperti Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Ramai yang masih tidak tahu bahawa GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sedia ada dan bukan menambah cukai sedia ada. Ramai yang masih tidak tahu bahawa pada masa kini mereka sedang membayar cukai walaupun ia tidak dipamerkan di dalam resit-resit pembelian. Masih ramai tidak mengetahui bahawa GST bakal menghapuskan cukai berganda yang mengakibatkan harga barangan menjadi lebih tinggi.

Rakyat terbanyak juga keliru dan tidak dapat membezakan antara Service Tax' dan Service Charge. Ada juga yang keliru apakah Government Service Tax dan GST merupakan cukai yang sama sehingga berlaku 'kekecohan' di laman-laman sosial kerana manipulasi dan kekeliruan maklumat.

Paling merisaukan pengguna adalah kesan pelaksanaan GST ke atas mereka sama ada ia akan menaikkan atau menurunkan harga barang. Di kala kakitangan agensi pelaksana GST diberi kursus bahawa GST bakal dilaksanakan pada kadar permulaan 4%, terdapat pula kenyataan dari menteri yang mengatakan bahawa GST pada kadar 7% bakal memberi impak positif kepada negara. Walaupun saya cenderung mempercayai bahawa beliau mengambil contoh kadar GST di Singapura, tidak dinafikan ia memberi kegusaran kepada rakyat kerana ada yang menganggap kadar itu agak tinggi sebagai permulaan.

Oleh itu, saya menyarankan agar kerajaan melalui agensi-agensi berkenaan menggandakan usaha untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat berkenaan GST seperti rencana, kajian, soal selidik, forum, pengalaman negara-negara yang telah melaksanakan cukai ini. Ini termasuklah manfaat-manfaatnya, kaedah cukai ini dikenakan, barangan serta perkhidmatan yang dikecualikan dari cukai dan lain-lain lagi.

Ini penting kerana rakyat perlu mempunyai maklumat yang cukup sebelum menerima sesuatu sistem. Ini diburukkan lagi dengan jentera-jentera propaganda pembangkang yang memanipulasi isu ini untuk meningkatkan populariti dengan memberi gambaran salah tentang GST.

Ini menunjukkan sebenarnya isu GST jika diuruskan dengan baik, bakal diterima dengan baik juga oleh rakyat. Ini termasuklah fakta kajian yang dipaparkan di laman sesawang GST bahawa akan berlaku purata penurunan harga barangan keperluan jika GST dilaksanakan. Sebagai langkah tambahan, kerajaan juga harus mengeluarkan harga 'simulasi' barangan keperluan di Malaysia jika GST dilaksanakan. Ini bakal meningkatkan kefahaman dan sokongan rakyat terhadap pelaksanaan GST.

KHAIRUL AZHAR

RUANGAN FORUM UTUSAN ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

Apa perlunya GST, adakah ianya berbalaoi bagi rakyat Malaysia, buat pada masaini rakyat sudah selesa, sekiranya ianya sama dengan cukai2 yang telah di kenakan sekarang mengapa perlu nak mengubah jenama cukai tersebut pulak, buttom line govt collected the tax,dah cukup ke per kapita rakyat Malaysia, atau ada cadangan nak di perbadankan kepada satu syarikat2 untuk buat kerja ini, buat pengetahuan tuan2, apa2 yang bersangkutan dengan GST dan AES rakyat jelata akan terlalu marah

Anonymous said...

Rakyat terlalu marah..atau anda tidak suka kerana ada kepentingan..selesa bukan bermakna tidak boleh membuat rakyat lebihhh selesa.

Yg penting harus menyampai info utk pengetahuan rakyat. Jika pakatan memang tak suka kerana yg baik utk rakyat akan jadi api bagi pakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive