Monday, 3 June 2013

HARGA ROKOK DONKELL NAIK !!! SO KITA ISAP MENATANG NIE



Aku pun pelik, pengarah BAT masih kata depa berdepan dengan tekanan kos, inflasi dan bla bla bla bagi menaikkan harga sesuka hati.. Pelik kan, dari segi fizikal, sebatang rokok ada 3 barang saja iaitu tembakau, span(filter) dan kertas pembalut.. luaran adalah kertas dan plastik.. Itu pun BAT kata masih rugi.. PUIIII

Dia kata pedagang haram juga punca kenaikkan harga rokok.. Lepas ni aku haram pihak kastam tak payahlah nak teruk teruk rampas rokok banyak banyak.. tak pun lepas rampas jual balik harga murah murah..Dapat jugak pendapatan kat situ..

Tapi apa apa pun, kepada perokok perokok tegar semua jangan susah hati..Beli ja vapor.Macam macam perisa ada..Mahal buat pertama kali saja..Lepas tu refill ja ubat dia..hehehe



British American Tobacco Malaysia (BAT) mengumumkan harga rokok tertentu akan dinaikkan bermula esok, 3 Jun 2013.

Pengarah Urusan BAT, Datuk William Toh berkata, kenaikan harga rokok terbabit tidak dapat dielakkan kerana syarikat tersebut berhadapan peningkatan kos operasi.

“Seperti syarikat-syarikat lain BAT berdepan dengan tekanan inflasi, tenaga buruh dan kos input yang mengakibatkan kos operasi semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Di samping itu perundangan industri tembakau, perdagangan haram turut memberi impak kepada jualan rokok secara sah kami,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, William mendakwa pihaknya mengambil keputusan menaikkan harga rokok pada kadar 3 peratus mulai esok bagi menangani peningkatan mendadak kos dan perdagangan haram.

Sehubungan itu, kata beliau, bermula 3 Jun ini harga rokok Dunhill range, Kent range, Benson & Hedges akan naik kepada RM10.50 sekotak.

Manakala harga rokok Peter Stuyvesant dan Pall Mall naik kepada RM9 sekotak dan Pall Mall Plain, Lucky Strik plain serta Rothmans International naik RM10.90 sekotak.

1 comment:

Anonymous said...

Harga rokok naik marah, tak payahlah dok pi selidik kos buat rokok di sebabkan tak puas hati, senangnya berhenti merokok, tak pernah ada sejarah orang mati tak merokok, inilah baru betul cara marah, biar taukeh rokok bungkus termasuklah tempias kat kerajaan tak dapat revenue, he..he.., kempen berjuta ringgit "jangan" hisap rokok" rokok halal, rokok haram bersepah, pepatah berkata "mulut kata jangan, tapi tangan tetap meraba",

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive