Saturday 18 May 2013

UST NASHA TEGAS MAHU PAS DAN UMNO BERSATU





Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.



Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.

"Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.

Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

SOKONG. PERKARA YG BAIK JGN DISUSAH SUSAHKAN.

Xpas said...

Ust Nasha telah membuktikan imannya terhadap ayat ini,
"Sesungguhnya org org mukmin itu bersaudara, mk damaikanlah antara kedua saudaramu (yg bermusuhan) dan bertaqwalah kpd Allah swt agar kamu mendpt rahmat." Al Hujurat 10.
Ada sesiapakah lagi yg ingin membuktikan imannya dgn ayat ini ?

Anonymous said...

Subhanallah alhamdulillah masih ada lg ulama tulen yg teruskn usaha dakwah sebenar ikut sunah rasulullah kami akan terus doakn usaha ust nasha..dont ever give up atas sgala cacian dugaan cabaran ditempuhi krn nabi juga hadapinya dgn tbah...

Anonymous said...

Kalau Umno boleh terima hukum Hudud saya rasa tak ada masalah kedua parti ini bekerjasama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive