Saturday 18 May 2013

RAKYAT MALAYSIA MAHU KIT SIANG INGAT BENDA NI SAMPAI MATI


Super Racist Man

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;-

1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil
2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman
4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.



Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran, pandanglah dengan mata burung jarang melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan BN yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

Persoalan Pertama;-
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 2008 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi?

Persoalan Kedua;-
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T.

Persoalan Ketiga;-
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?

Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen aggresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

Persoalan Keempat;-
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

Persoalan Kelima;-
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya?

3 comments:

Anonymous said...

Org kg nak bagi komen..

Sape yg tak adil dan tidak demokrasi
...adakah dap adil kpd india disebut bangla hingga mereka tidak.dpt mengundi
...adakah demokrasi....kaum cina bebas menahan ic org india..anda bukan polis..org cina bersepah tidak tau berbahasa Melayu/Malaysia.
...kalau tak adil tak demokrasi..mcm mana kamu boleh kayaraya..hidup mewah...bahkan org cina menghina Melayu boleh dibeli dgn duit.

Kamu kata kamu adil..kamu tanya Org Melayu di penang adakah dap adil kpd Melayu dan India..tempat berniaga..tempat tinggal.. dll

Kalau kamu adil super demokrasi...kenapa org India menggantung bendera BN diarahkan turun..kalau tak dihalau keluar...ini rumah kerajaan negeri..

Di negeri BN..tidak pernah menghalau atau memecat penyokong pakatan...

Anda buta atau anda pura pura buta

Anonymous said...

Org kota nak komen...

Menghormati perlembagaan...kah kah kah
Anda betul betul seperti org tak siuman..pura pura lupa...

Anda cukup menghormati? Tidak perlu diajar kpd Org Melayu. Ini Tanah Melayu Bumiputera dari dulu semenjak nabi Ibrahim. Begitu juga negara cina dihuni org cina dari dulu.

Apa tujuan dan motif anda MALAYSIAN MALAYSIAN. Kalau anda superrrrr menghormati perlembagaan...kenapa menghalang dibina surau..benci bunyi azan bising. Org Melayu bertapak di sini sebelum atuk nenek ayah kamu dtg...Semuanya BERAGAMA ISLAM

Jgn tunjuk lagak....menunjuk ke org heboh anda beri ke org Melayu..cth elaun penghafaz...kamu beri sedikit tapi kamu rampas besar berlindung di atas undang undang...kalau kamu super bagus super adil tunjukkan kebenaran tanah di penang yg dipertikaikan oleh org Melayu Penang

Kah kah kah...bertaraf seperti sek luar negara.....negara mana...indonesia..thailand..filipina...vietnam laos..kampuchea...tidak perlu berselindung sebut aje negara singa...

Adakah negara cina negara asal usul nenek moyang anda hebat dan bagus bertaraf seperti usa utk seluruh negara cina. Maknanya setiap negara mempuyai hak sendiri menentukan pendidikan negara masing masing.

Mr lim..tidak perlu menjerit..melalak di jlnraya hanya kerana pendidikan bertaraf luar. Bagi saya anda berselindung di balik itu semua. Bangsa anda tidak perlu mengutuk menghina memaki Org Melayu nak merampas kekuasaan mengguna bahasa cina...jika hanya berdasarkan pendidikan.

Semua org tau dan anda juga pasti tau....singapura dan MALAYSIA merupakan sistem pendidikan terbaik di Asia Tenggara. Anda boleh memilih mengikut pilihan anda.

Teman sejati anda mr nuor selalu berkunjung ke Indonesia...cuba tanya kpdnya..bagaimana sistem pendidikan mereka...adakah mereka di sana berdemo jalanan mau meruntuhkan suatu pemerintahan hanya berdasarkan alasan sekolah tidak bertaraf luar.

Bahkan rakyat mereka menentang dan menghapuskan sistem sek international yg telah diterapkan beberapa tahun. Ini bermakna setiap negara mempunyai hak dan cara masing masing. Adakah anda ingin juga mengatakan negara Indonesia bodoh seperti mana didlm surat edaran yg mengatakan negara PNG bodoh.

Di filipina...utara dgn selatan jauh perbezaan. Anda jgn hanya melihat ditempat berperang saja.. Di selatan yg tidak berperangpun byk perbezaan dgn utara...

ORG MELAYU YG TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN

Anonymous said...

Tak aman ke selama ni...tak boleh tiduqke....
Byk.bunyi bom ke kat atas atap rumah lu..

Satu Malaysia lu merayap kat atas jln raya dlm stadium..merapu mulut lu bercakap..ada org tembak lu olang mcm kat luar negeri...

Semenjak lu olang demo lu olang mengutuk menghina org Melayu...lu ada mata lu yg berdiri di sana lu pikir guna otak lu

Belum lagi lu olang tuduh tuduh fitnah fitnah pasal kes lahad datu. Lu olang tunggu aje siasatan selesai....tak perlu cakap byk..TUNGGU DAN LIHAT...

LU olang ingat nyawa polis macam ikan...boleh main main tuduh tuduh....nyawa POLIS ITU MAJORITI ORG MELAYU ISLAM YG BERIMAN if you and your son said I dont care your religion...masuk dlm kepala hang semua WE ARE MALAY CARE OUR RELIGION...SAMPAI MATI SAMPAI KIAMAT....you understand or understood....

Jgn fikir org Melayu bodoh.

BUY MALAY BUMIPUTERA FIRST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive