Sunday 12 May 2013

@MukhrizMahathir SINAR BARU HARAPAN RAKYAT KEDAH



Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh jentera BN yang bekerja keras bagi memastikan BN merampas Kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat.

Terima Kasih juga kepada rakyat Kedah yang mengundi Barisan Nasional dan mahukan perubahan di Kedah setelah 5 tahun melalui zaman kegelapan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Aku pasti kebanyakkan rakyat Kedah pasti gembira Kedah kembali ditadbir oleh BN dimana keyakinan mereka terhadap orang muda yang menjawat jawatan tertinggi pentadbiran Kerajaan negeri Kedah.

Orang muda yang aku maksudkan adalah YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilihat mampu memberi sinar baru kepada rakyat Kedah.



Pengalaman YAB Datuk Paduka Mukhriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (MITI) selama 5 tahun diperingkat pusat berjaya membawa perubahan negeri Kedah walaupun pada penggal yang lalu Kedah diterajui oleh Pakatan Rakyat..

Aku rasa idea idea segar yang bakal beliau bawa mampu menarik banyak pelaburan masuk ke negeri Kedah seterusnya menjadikan Kedah sebagai pusat industri terpenting di wilayah utara.

Selain pelaburan, ada beberapa pekara perlu ditekankan YAB Datuk Paduka Mukhriz di Kedah iaitu pertanian dan industri perikanan yang banyak membantu golongan berpendapatan rendah..Kebanyakkan rakyat Kedah masih lagi bergantung terhadap kedua dua industri berkenaan selain daripada sektor awam dan swasta.

Teras Pendidikan dan peluang pekerjaan bagi(golongan belia) juga perlu ditekankan kerana sekarang ini golongan muda di Kedah banyak berhijrah ke bandar bandar besar.. Kebanyakkan anak anak Kedah yang berada di bandar bandar besar merupakan golongan profesional..

Ada beberapa rakan aku yang tinggal di Lembah Klang mahu pulang semula ke Kedah kerana yakin Kerajaan yang baru ditadbir oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan di Kedah.

Aku harap sinar harapan baru rakyat Kedah mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Kedah.Kami TMK yakin terhadap kepimpinan YAB Datuk Paduka Mukhriz serta anggota Exco yang bakal dilantik tak lama lagi mampu membawa perubahan di Kedah.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah........ingatlah anak Melayu Bangsa Melayu....lebihkan mereka dlm semua hal....tengok kawasan Melayu...beri byk kemudahan.......

Jgn berlebihan utk keluarga dan gang seperti kaum C. Jgn tunduk dan takut ke Ccccc.....Ingat jadilah seperti ayah anda tidak pernah takut kpd org kurang ajar spt C.....

banggoi petai said...

tggu tengok senarai exco laaa duluu. .. mokalu dok ada nama mat lebai sudin, , mat bashah, , tggu hancoq laa UMNO KEdah. . menang PRU 13 bukan pasai UMNO kuattt tp pasai PAS kalih jaaa. .. apa crita pun jangan dok buat badak p lantik exco dr kawan kawan baik nooo tok mukhriz. ... jgn dok bagi orang meluatttt. .. jaga jaga kreta belakang sama noo

banggoi petai said...

jaga nooo mokalu tak naik nama KP dengan Kp puteri bandar bharu berteloq laa daiii tok mukhriz kena terebeiiii. . mai kuala nerang kami perambat dgn penyapu lidi. .. mai bndar bharu punggai teloq ayam kemurokkk. .. ingat nooo tok mukhriz !!!!!!!

Unknown said...

banggoi petai marah nampak?? terimalah hakikat

banggoi petai said...

tak marah dahhh. . dua dua kudaku naik jadi EXCO. ... hidup mukhriz !!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive