Thursday, 19 December 2013

PANASS !!! KENAPA KERAJAAN SELANGOR SEMBUNYI FAKTA MEREKA PEMILIK KONSESNSI LEBUHRAYA DI SELANGOR ??


Tatkala pemimpin pakatan dan penyokong mereka menunding jari menyalahkan kerajaan pusat menaikkan harga tol di lebuhraya lebuhraya antarabandar di lembah klang, rupa rupanya semua lebuhraya itu dimiliki kerajaan Selangor dimana memegang lebih dari 30 peratus saham syarikat.

Kerajaan Selangor telah mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor kononnya mahu melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.

Namun semua itu hanyalah drama kerajaan pakatan semata mata apabila baru baru ini kesemua konsensi milik kerajaan pakatan Selangor mahu menaikkan kadar baru.



Selepas pihak LLM memberitahu 4 konsensi milik PLUS tidak dinaikkan barulah kerajaan Selangor membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan harga baru TOL..


Kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :

Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
SPRINT (KPS)

Kalau kita semak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :

Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.

2 comments:

Sarah said...

Assalamualaikum

Minta gunakan link ini untuk artikal dalam blog saya, TDS World. Terima kasih

:Dsarah

medan tempur said...

Silakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive