Thursday, 22 November 2012

TERKINI DARI SIDANG DUN KEDAH !! ADUN BN KEDAH DIARAH KELUAR DEWAN !!!






Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh dari Barisan Nasional (BN), Abu Hasan Sarif diarah keluar dewan setelah enggan mematuhi arahan Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail sebentar tadi.

Abd Isa membuat keputusan itu setelah Abu Hasan gagal mematuhi arahannya agar duduk dan berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan.

Abu Hasan bangun untuk meminta penjelasan ketika Exco Sumber Manusia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lim Soo Nee menafikan penurunan gred seorang kakitangan kerajaan dari N41 kepada N17 berunsurkan politik sebagai dakwaan tidak berasas.




Beliau bangun untuk mendapat penjelasan tetapi dimaklumkan Speaker bahawa Soo Nee tidak memberi laluan kepada semua ahli dewan.

Abu Hasan agak berang dan menuduh Exco tidak berani menjawab soalan yang dibangkit dan digantikan dengan pemimpin yang lebih berani untuk berdepan Adun.

Setelah terus berhujah akhirnya Speaker mengarahkannya keluar dewan.

Ini menyebabkan semua Adun turut keluar sebagai anda protes pada jam 11.40 pagi.

Bagaimana pun, Adun BN masuk semula ke dalam dewan selepas Soo Nee selesai menggulung Bajet 2013.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive