Sunday, 18 November 2012

DOA DARI GOLONGAN SYAITAN YANG TERSEMBUNYI





Pertama sekali dalam sejarah hidup MTK dengar doa macam ni.. Cukup menyedihkan apabila kepentingan politik lebih diagung agungkan.. Pembaca pun boleh nilai sendiri adakah ini yang dikatakan ulama?? Mendoakan kehancuran parti lawan yang beragama Islam..

Inilah pekara yang amat memalukan sebagai umat Islam tatkala umat Islam yang lain berdoa agar bumi palestin selamat dari serangan regim zionis, Pas pula mendoakan untuk menghancurkan sesama Islam..

Lebih parahnya apabila berdoa sambil menjerit jerit untuk menarik simpati dari pendengar..Kan bagus kalau berdoa agar Malaysia ni selamat dari malapetaka, selamat dari penularan pengaruh LGBT, SYIAH dan menentang kebebasan beragama seperti apa yang dungkapkan oleh Nurul Izzah..

Jika hendak menawan Putrajaya sekali pun, janganlah sampai berdoa macam ini, semalam beberapa rakan MTK juga mengutuk tindakkan abang kepada Nik Aziz ini..Terpekik terlolong bukannya cara umat Islam berdoa..


3 comments:

Anonymous said...

ini bukan ajaran nabi muhammad s.a.w.
PAS semakin sesat

Ben Zahrain said...

Salam para pembaca, untuk membaca teks penuh doa Pas hancurkan UMNO itu, boleh melawati http://gandasarimerdeka.blogspot.com/2012/11/islam-terus-menjadi-mainan-pas.html

Mick said...

Apabila membaca artikel ini, saya teringat ucapan Romney ketika menerima kekalahannya kepada Obama di pilihan Raya US baru-baru ini “This is a time of great challenges for America, and I pray that the president will be successful in guiding our nation”. Dalam ertikata, Romney berdoa Obama akan Berjaya membawa Negara kearah lebih cermerlang. Jika Romney, saorang yang beraganut Mormon boleh berdoa kebaikan untuk ‘musuh’ politiknya, mengapa kita yang mengaku Islam, boleh berdoa untuk kehancuran kaum kita sendiri ? Padahal doa itu adalah ibadat dan pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah s.w.t. Saya lihat tindakan PAS berdoa untuk kehancuran UMNO/BN bukanlah sebagai parti yang berdasarkan Agama Islam, tetapi sebagai parti yang gila kuasa dan bertopengkan Islam untuk mencapai cita2 mereka.
Saya pernah berkata ‘Berpolitik berdasarkan Agama Islam dan bukan beragama Islam berdasarkan politik’ http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/11/anak-dengan-bapak-sama-saja-pembelit.html
Jika kita berpolitik berdasarkan Agama Islam, nescaya insiden saperti berdoa untuk kehancuran bangsa sendiri tidak akan berlaku. Jika kita berpolitik berdasarkan Agama Islam, nescaya kita akan tegur mereka yang kita fikirkan salah dengan fakta2 kukuh, tidak kira sama ada mereka yang kita tegur itu dari parti pemerintah atau pembangkang.
Jelas sekali, kebanyakan ahli2 politik kita ini dan penyokong2 mereka sebenarnya beragama Islam berdasarkan politik.
Assalamu 'Alaikum wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive