Tuesday 20 November 2012

PAS KEDAH ZALIM !! HUTAN PEDU DAH JADI BOTAK CHIN #TUKARKEDAH


Belum pun habis sepenggal memerintah hutan hutan tadahan hujan yang mempunyai berpuluh puluh ribu pokok balak dengan rakus di samun oleh kerajaan Pas Kedah bertujuan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar..

Sebelum ini Kerajaan Pas Kedah dengan rakus mengondolkan hutan simpan Gunung Inas, Kali ini kawasan hutan simpan Tasik Pedu pula menjadi mangsa..

Dikatakan 1000 ekar kawasan hutan dimusnahkan dengan alasan untuk memberi laluan kepada projek agro pelancongan.. Sungguh menghairankan kawasan itu sebenarnya untuk dijadikan kawasan tanaman pokok buah buahan sahaja, tetapi yang peliknya sampai ke puncak bukit Kerajaan Pas Kedah tarah sampai licin..

Azizan dengan rakus berkata projek itu tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).







Beliau memberikan alasan paling bodoh kononnya JAS memperuntukkan EIA bagi kawasan yang berada pada paras 240 meter dari aras laut, manakala Jabatan Perhutanan pula mensyaratkan hanya kawasan pada ketinggian 750 meter yang perlukan EIA.

Jadi Kerajaan Pas Kedah suka hati nak ikut atau tak.. Berbeza di zaman BN, Kerajaan BN sebelum ini menghadkan pengambilan pokok balak, dan segala apa pengambilan berkaitan balak di hutan di kawal dengan rapi..

Tetapi Pas pula mengondolkan hutan untuk tujuan lain..Pelik betul, Azizan kata tebang pokok balak ni sebab nak tanam pokok buah buahan ? Kenapa perlu tebang pokok balak beribu ekar sebab nak tanam pokok buah ?? cuba tengok di kawasan hutan lipur Sedim, dah la ada jambatan gantung, lepas tu ada pulak pokok buah buahan kat keliling tu..



Kat situ tak ada pula nak kena tebang balak sampai beribu ekar.. Penuh juga pelancong asing datang..

Sepatutnya Kerajaan Pas Kedah mencontohi bagaimana Kerajaan BN buat pembangungan di Kawasan Hutan..Balak tak hilang, flora dan fauna di jaga, hasilnya pula bukan dari segi kewangan malah keberkatan dari Allah SWT kerana menjaga buminya yang Indah ini..

Pas jangan Ingat rakyat ni bodoh tak nampak apa yang Pas buat selama ni mengjahanamkan Hutan di Kedah.. InsyaAllah lepas saja selesai isu KUIN yang akan menghangatkan Pas Kedah minggu ni, kami akan turun ke sana pula..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive