Friday, 23 November 2012

MAMPUIH HANG MAK LAMPIR !!! MANA MAU LARI OIII




Dari Jet mewah ke kereta mewah

ZURAIDAH Kamarudin sudah membuktikan kebenaran di sebalik teori ini. Dari hanya memiliki sebuah kereta biasa (MyVi), Zuraidah sekarang punya 4 kereta mewah, semuanya kerana menggunakan formula yang penulis sebutkan di atas

Hebat tak hebat. Tak payah susah-susah cari downline pun tau.

Lebih hebat lagi bila Zuraidah selamba beruk mengiyakan perkara tersebut dengan mendakwa pembelian itu tidak melanggar apa-apa peraturan, macam tidak ada apa salah.

Adakah sesiapa yang dakwa Zuraidah melanggar peraturan? Tidak, kita tak sebut pun Zuraida melanggar peraturan, cuma kita nak rakyat fikir sendiri sajalah, macam mana penjual ubat yang hanya ada sebuah kereta biasa sebelum jadi ahli Parlimen, tiba-tiba mampu beli kereta mewah berbiji-biji selepas jadi ahli parlimen.

Dari parti PKR pulak tu, parti yang kononnya marhaen, down to earth, demi rakyat, untuk rakyat dan apa kejadah rakyat, rakyat yang lain.



Dakwa Zuraidah seperti dipetik sebuah portal berita pembangkang, sebelum jadi ahli Parlimen pun dia dah ada beberapa kereta. Ye ke? Bagaimana maklumat yang didedahkan sebelum ini yang menunjukkan kesemua kereta itu diperolehi selepas Zuraidah jadi ahli Parlimen pada 2008?

Nak jawab macam mana tu?

Begitu juga dakwaan sebuah dari kenderaan tersebut (jenis Volvo) yang kata Zuraidah diperolehi melalui pengecualian duti eksais yang diperuntukkan kepada ahli parlimen.

Eh, tahu ke kita, duti yang dikecualikan itu sebanyak RM 40,000 saja selain kenderaan itu perlu diperolehi secara tunai. Itu bermaksud dengan harga kereta tersebut mencecah beratus ribu, banyak juga Zuraidah nak kena bayar bakinya, walaupun setelah mendapat pengecualian cukai eksasais.

Kembali pada persoalan utama, dari mana terbitnya duit beratus ribu itu hanya dalam tempoh 4 tahun menjadi Ahli Parlimen? Jualan ubat meningkat ke?

Bagaimanapun, seperti disebutkan di atas, kita taknak cerita panjang tentang itu. Cuma kita nak sebutkan disini, lain kali jangan heboh bercakap pasal orang lain, menuduh orang lain memperolehi harta secara salah dan sebagainya. Selain tak menunggu siasatan dijalankan, dah terus tuduh orang lain korup.

Macam inilah Zuraidah, kalau kau rasa hebat, apa kata jangan tunggu siasatan, tunjuk semua harta yang kau ada, compare dengan pendapatan sebagai ahli Parlimen, nak tengok mampu ke tak mampu perolehi harta banyak itu? Itupun kalau beranilah.

Apa sekalipun, sekarang ni Zuraidah, kau rasa baliklah apa yang biasa kau buat pada orang lain, terutama pemimpin UMNO. Soal jalan betul ke jalan salah ke, itu tunggu siasatan, tapi sekarang terbuktilah pemimpin PKR ni takdelah marhaen mana pun.

Kutip derma, kutip derma juga, jet mewah naik juga, kereta mewah beli tak ingat-ingat, marhaen sangat?

Jangan lupa, ini baru cakap tentang Ketua Wanitanya, belum Ketua Umumnya lagi. Kalau sebut yang itu, mahu habis nombor nak mengira jumlah duit dia agaknya.

Apa pun Nasrudin Tantawi jugaklah yang rugi (gaji RM 2,500 sebulan). Yang kau bodoh jadi Ketua Pemuda PAS buat apa, cuba jadi Ketua Pemuda PKR ke, Ketua Wanita ke, dah kaya dah kau sekarang.

sumber Mykmu

1 comment:

Anonymous said...

bagi dia ni.. kerajaan zalim kerana telah menyebabkan beliau menjadi kaya secara tetiba... 4 tahun 4 kete mewah.. dasyat... memang zalim kerajaan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive