Friday, 2 November 2012

GEMPARR !!! ANAK KARPAL SINGH MILIKI DADAH JENIS HEROIN ??




‘Saya merayu supaya hukuman saya direndahkan kerana anak saya ada masalah gejala sosial puan’.

Demikian rayu seorang tertuduh yang menghadapi pertuduhan bagi kesalahan dadah di Mahkamah Majistret semalam.

Tertuduh, Pritam Singh a/l Karpal Singh itu merayu supaya hukumannya direndahkan kerana mahu pulang segera membantu masalah sosial anaknya itu.

“Kalau saya tiada saya tidak tahu siapa akan tolong dia puan, beri saya hukuman yang setimpal puan,” katanya.

Tertuduh didakwa pada 10 Ogos 2012 kira-kira jam 1 petang berhampiran Jalan Datok Keramat apabila memiliki dadah jenis heroin seberat 0.16 gram.



Mengikut pertuduhan pertama itu dia didakwa bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya tanpa kebenaran.

Akibatnya dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaaan 2004) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia yang kemudiannya mengaku bersalah sekali lagi merayu berkali-kali supaya hukuman direndahkan kerana ingin bertemu anaknya.

Majistret, Siti Salwa Ja’far kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama manakala penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua.

“Tertuduh juga akan dikenakan pengawasan selama dua tahun oleh pihak polis mengikut Seksyen



MTK
laa ingatkan anak karpal wheelcha..hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive