Sunday, 28 October 2012

HAI AZIZAN !! AWAT TIBA TIBA NAIK ANGIN NI ??




Marah benar Azizan Razak apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan telah menyeleweng wang rakyat negeri itu berhubung pelaburan Kedah Corp Berhad (KCB) di Papua New Guinea yang dikatakan melenyapkan wang sebanyak RM6.4 juta!

Kes berkenaan didedahkan melalui Laporan Audit 2011 baru-baru ini di mana anak syarikat Kerajaan PAS Negeri Kedah itu dikatakan mempunyai catatan akaun yang sangat mencurigakan!

Setelah disiasat dengan teliti, sebenarnya pelaburan di Papua New Guinea itu dibuat selepas PAS mengambil alih kuasa di Kedah dan pak-pak lebainya pula dengan “bijak”nya telah mengambil alih saham sebuah syarikat di negara tersebut sebanyak 70 peratus bernilai RM134 juta, hutang!

Bagaimanapun, hutang tersebut dibatalkan oleh peminjamnya, sebuah firma kewangan dari London disebabkan pelaburan yang mahu dilakukan oleh “pak-pak kaduk” PAS itu sangat berisiko tinggi.



Meskipun kantoi begitu, PAS Kedah tidak teragak-agak untuk berbohong, kononnya mereka yang membatalkan pinjaman tersebut dan menyalahkan pengurusan KCB dalam urusniaga melibatkan pinjaman serta pelaburan itu.

Berbalik dengan kemarahan Azizan pada satu sidang media semalam, dia mencabar pihak berkuasa dan SPRM untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu, dan tidak membabitkan kes berkenaan dengan kerajaan pimpinannya.

Kononnya, dia mahu membersihkan nama Kerajaan PAS Negeri Kedah yang katanya dituduh menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat negeri itu untuk kepentingan peribadi.

Persoalannya, siapa yang menuduh Kerajaan PAS Negeri Kedah menyeleweng atau mengamalkan rasuah dalam kes berkenaan?

Dalam pengamatan saya mengenai kes pelaburan di Papua New Guinea itu, tidak ada seorang pun dari UMNO atau BN yang menuduh Kerajaan PAS Negeri Kedah mencuri, menyeleweng atau menyalahgunakan wang rakyat tersebut.

Yang ada hanyalah desakan supaya isu berkenaan diperjelaskan oleh Azizan dan meminta pihak berkuasa menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan. Itu saja!

Tapi, apa yang saya lihat lagi, pihak yang menyebut perkataan “penyelewengan” dan “rasuah” di dalam kes Papua New Guinea itu adalah puak-puak PAS, khususnya Setiausaha Politik Azizan Razak sendiri iaitu Sanusi Mohd Nor.

Sepatutnya, Azizan tanyalah pada Setiausaha Politiknya itu! Apa perlunya marah-marah menuduh orang lain yang bukan-bukan?

Pada saya, kes pelaburan di Papua New Guinea itu adalah bukti jelas tentang kelemahan, kebodohan dan membayangkan betapa pemimpin PAS Kedah tidak tahu buat kerja sehingga mengakibatkan wang rakyat lesap begitu saja.

Bayangkan, projek yang bernilai ratusan juta ringgit itu diluluskan tanpa pengetahuan Penasihat Undang-Undang Negeri dan selepas beberapa tahun perjanjian itu ditandatangani, barulah dikaji semula perjanjian yang berat sebelah itu!

“Sudah terhantuk, baru tengadah”, sudah hilangkan wang rakyat RM6.4 juta baru PAS nak riuh rendah batalkan pelaburan tersebut?

Apakah para pemimpin PAS tidur dibuai mimpi indah di Wisma Darulaman ketika perjanjian tersebut ditandatangani dan apakah pelaburan yang membabitkan ratusan ringgit itu tidak perlu diambil tahu oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Sepatutnya, KCB merujuk terlebih dahulu projek berkenaan kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan kemudiaannya diteliti pula oleh Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum diluluskan oleh Azizan Razak.

Tapi, mengapa prosedur tersebut tidak dijalankan? Dan selepas timbul perkataan “menyeleweng” dan “rasuah” pada kes itu Azizan nak marah-marah pula? Kenapa nak marah? Azizan terasa “pedas”, kah?

Bak kata pepatah, “siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa pedas”. Dan dalam hal ini, apakah memang benar puak-puak PAS itu menyeleweng atau Azizan tersinggung dalam hati merasakan dirinya memang tak reti buat kerja cara Islam?

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive