Friday, 28 September 2012

TERBUKTI !! MAHPOZ BEAN NAIB PRESIDEN PAS PALING BODOH DALAM MALAYSIA ?




Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah, Mahfuz Omar, hari ini menyindir hebat syarikat yang diberikan kontrak LRT Ampang, George Kent (M) Sdn Bhd, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu.

Mahfuz mencadangkan agar syarikat itu menukar mottonya kepada “Gua Kawan Perdana Menteri”, menjadikan potret Najib sebagai logo korporatnya dan menukar nama pejabat korporatnya kepada “Wisma Najib”.

Selamba saja Mahfuz menyuruh George Kent meletakkan kepakaran korporatnya iala bermain golf bersama Perdana Menteri di dalam profil syarikat berkenaan dan utamanya, Naib Presiden PAS paling banyak meroyan itu mempersoalkan kelayakan syarikat itu mendapat kontrak LRT tersebut.

Mahfuz menggunakan pertikaian Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dalam hujahnya untuk menghentam syarikat berkenaan dan kononnya Perdana Menteri telah campur tangan dalam hal pemberian kontrak itu.



Persoalannya, apakah Mahfuz sudah ketinggalan keretapi dan tidakkah dia tahu bahawa Rafizi telah pun membuat permohonan maaf terhadap Perdana Menteri bahawa dia tersilap dalam pertikaiannya itu?

Rafizi mulanya mempersoalkan perkara yang sama dengan Mahfuz, namun dia kemudiaannya menyedari bahawa Najib langsung tidak campur tangan dalam hal ehwal pemberian projek berkenaan dan kemudiaannya meminta maaf atas tuduhan tersebut.

Mungkin dia takut disaman Najib setelah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkaitan BAFIA.

Tapi Mahfuz yang “cerdik” sangat ini nampaknya cuba menjolok sarang tebuan dan apakah dia tidak takut muflis disaman atas persepsi yang cuba dikaitkan dengan Perdana Menteri dan syarikat itu?

Saya ingin bertanya Mahfuz, apakah dia fikir pihak kerajaan akan memberikan projek membuat jalanraya kepada syarikat Perusahaan Rempeyek Che Som? Dan apakah dia fikir syarikat George Kent itu tidak punya kepakaran dan kebolehan untuk menyiapkan projek LRT tersebut?

Sekiranya benar pun syarikat itu tidak mampu datau gagal menyiapkan projek berkenaan dengan baik, apakah dia fikir kerajaan tiada hak untuk menuntut sebarang kerugian atas kontrak yang telah ditandatangani?

Kalau benarlah Kerajaan BN hanya memberikan kontrak kepada rakan Perdana Menteri, sudah tentu banyak syarikat di negara ini yang akan lingkup dan bungkus memandang majoriti mereka tidak pernah bermain golf dengan Najib!

Jahat sungguh persepsi yang cuba dilontarkan Mahfuz kepada Perdana Menteri dan dia fikir niat jijiknya untuk memburuk-burukkan Najib dan BN itu akan berjaya?

Sepatutnya, Mahfuz perlu bertanya kepada Azizan Razak di Kedah tentang pemberian-pemberian kontrak “direct nego” yang diberikan kepada syarikat Quartzcity Global Resources Sdn Bhd, di mana “biras” Menteri Besar Kedah itu merupakan Pengarah Kedua di dalam syarikat tersebut.

Begitu juga dengan Khalid Gagap yang terang-terang meletakkan nama abangnya, Abdul Rahman Ibrahim sebagai “boss besar” Kumpulan “Penyangak Pasir” Selangor sehingga ditakuti oleh ramai kontraktor bumiputera di Selangor.

Mengapa Mahfuz tidak menghantar sms kepada Khalid untuk meletakkan motto “Gua Abang Khalid Gagap” sebagai motto syarikat “Raja Pasir” Selangor? Mengapa tidak letakkan gambar “Khalid & Brothers” sebagai logo korporat dan mengapa tidak tukar nama pejabatnya sebagai “Wisma Khalid”?

Atau Mahfuz perlu pulang ke Kedah dan bertanya Azizan Razak mengapa dia tidak ambil tahu tentang pemberian projek-projek mineral MBI kepada birasnya, Ikhram Shafiee?

Sedangkan khabarnya saudara Menteri Besar itu langsung tidak tahu tentang mineral sebelum PAS mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah!

Seperkara lagi, tidak ingatkan kemarahan Mahfuz kepada Azizan Razak berkenaan pemberian projek membina Kampus KUIN di Kuala Ketil kepada syarikat luar sehingga menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kedah Sato sebelum ini?

Apakah dia fikir Azizan pernah main golf dengan pemilik syarikat yang mendapat kontrak pembinaan kampus tersebut dan apakah syarikat itu sudah menukar nama pejabatnya kepada “Wisma Azizan Razak”?

Rasanya, Mahfuz perlu fikir 1,000 kali sebelum menyerang kerajaan, Najib mahupun UMNO/BN kerana segala hujahnya itu begitu bodoh untuk dilayan…

Sumber MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive