Sunday, 23 September 2012

BUKAN SETAKAT SUARAM, PKR JUGA PATUT DI SIASAT



Apabila Suaram terdedah sebagai menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), antara pihak yang paling gelabah dan bersungguh-sungguh membela Suaram ialah Pakatan Rakyat (PR).

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seluruh rakyat telah pun maklum bahawa individu-individu yang menerajui Suaram adalah juga individu-individu yang berada di dalam PR.

Justeru, masuk akallah apabila setiap apa yang diperjuangkan Suaram, dan setiap fitnah yang keluar dari mulut mereka adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN untuk digantikan dengan PR. Antaranya, memfitnah kerajaan dan kepimpinan tertinggi sebagai terlibat dalam rasuah dan pembunuhan dalam pembelian kapal selam.



Kini, setelah Suaram terbukti menerima dana dari pihak asing maka tidak salah jika kita mengatakan bahawa PR juga menerima dana dari pihak asing. Ini kerana PR dan Suaram berkongsi ‘jasad’ dan ‘roh’ yang sama, cuma memakai nama berbeza.

Dengan fakta ini, maka seharusnya PR juga disiasat secara terperinci mengenai hubungan mereka dengan pihak asing. Apatah lagi, pihak yang menghulurkan dana tersebut iaitu NED dan OSI, masing-masing mempunyai kaitan dengan Zionis dan pedagang matawang, George Soros yang pernah mengakibatkan kejatuhan ekonomi terburuk di rantau ini pada tahun 1997/98.

Walaubagaimanapun, berkat kebijaksanaan kepimpinan negara pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka Malaysia terselamat dari mengalami nasib yang sama dengan jiran-jirannya. Lanjutan dari itu, niat dan kegiatan Soros terbongkar malah beliau telah menerima kecaman hebat secara langsung serta digelar ‘penyangak’ oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Akibatnya, Soros kini terkenal sebagai penyangak bertaraf dunia dan beliau tidak lagi dapat menafikannya.

Serangan ekonomi oleh Soros dikaitkan dengan tindakan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Anwar Ibrahim yang semakin rakus ingin mengambil-alih kuasa tertinggi negara. Anwar, telah bertindak mengikut telunjuk barat melalui IMF dengan menaikkan kadar faedah pinjaman sehingga menyebabkan negara hampir bangkrap.

Difahamkan, tindakan Anwar tersebut adalah untuk menaikkan kemarahan rakyat serta ‘mempercepatkan’ pengunduran Tun Dr. Mahathir agar Anwar dapat menaiki takhta. Alhamdulillah, segala perancangan Soros dan Anwar tidak menjadi. Apa yang berlaku ke atas Anwar selepas itu, kini menjadi sejarah yang tidak dapat dipadam lagi.

Nampaknya apa yang tidak dapat dipadamkan juga ialah hubungan yang telah wujud sejak sekian lama antara Anwar dan Soros yang masih berterusan melalui Suaram.

Selain Soros, Anwar juga mempunyai hubungan yang rapat dengan NED yang merupakan satu daripada beberapa pertubuhan yang diwujudkan oleh Amerika/Zionis untuk menakluk dunia melalui apa yang dipanggil ‘pertukaran rejim’.

Malah, Anwar pernah menulis surat dalam nada mesra kepada Carl Gershman, iaitu Pengurus Dana dan Presiden NED. Surat yang bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandantangani oleh Anwar sendiri telah dihantar kepada Gershman beberapa bulan sebelum PRU-12, bertujuan untuk memohon bantuan NED untuk menghadapi pilihanraya.

Antara cabang-cabang NED yang lain ialah National Democratic Institute for International Affairs (NDI), International Republican Institute (IRI), the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) Center for International Private Enterprise (CIPE).

Selain itu, operasi ‘pertukaran rejim’ ini juga dibantu oleh International Federation for Human Rights (FIDH), Freedom House, Reporters Without Borders (US Chapter), HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International) dan semestinya, OSI (Open Society Institute).

Di Malaysia pula, selain dari Suaram, portal berita pro-pembangkang iaitu Malaysiakini juga disenaraikan antara penerima dana NED.

AI, HRW dan Malaysiakini sememangnya terkenal dalam menyokong Anwar Ibrahim dan PR melalui kenyataan media, artikel-artikel dan berbagai-bagai cara. Manakala IRI pula pernah mengadakan bengkel pilihanraya untuk melatih PKR mengambil alih kuasa. Antaranya, IRI menyarankan pemakaian baju mengikut satu-satu warna pilihan bagi menggambarkan sokongan rakyat terhadap mereka. Untuk itu, kita dapat melihat modus operandi yang sama di Thailand iaitu baju merah dan di Malaysia pula baju kuning (BERSIH).

Secara umumnya, strategi ‘pertukaran rejim’ ini tidak banyak berbeza di semua negara sasaran, iaitu mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan melalui kejatuhan ekonomi, memburukkan imej kepimpinan sedia ada sebagai diktator, korup dan kejam, memberi dana agar pemimpin boneka pilihan mereka berjaya memenangi pilihanraya ataupun jalan terakhir ialah pemberontakan agar pemimpin boneka mereka dapat mengambil alih kuasa melalui jalan belakang.

Sehingga kini, mereka telah berjaya melakukannya di begitu banyak negara di dunia sejak bertahun-tahun dahulu dan yang paling terkini ialah Mesir, Libya, Tunisia dan Syria.

Sekadar peringatan untuk semua umat Islam, Al-Quran telah menyatakan bahawa musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi ini tidak akan senang selagi umat Islam tidak mengikut mereka. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila antara matlamat pertukaran rejim ini ialah selain dari ekonomi, mereka juga ingin memaksa semua negara di dunia menerima dasar liberal dan plural serta membelakangkan ajaran Islam.

Ini terbukti dengan pendirian Suaram, HRW, OSI, AI yang semuanya mendokong hak asasi LGBT serta giat mengkritik kerajaan kerana menafikannya.

Sekali lagi ditekankan, bahwa berdasarkan segala maklumat di atas yang telah pun menjadi pengetahuan umum, maka adalah wajar jika Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim juga turut disiasat bersama-sama Suaram dalam isu menerima dana asing.

Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa PR membawa agenda asing, iaitu agenda Yahudi Zionis dan penjajahan cara baru iaitu melalui pemimpin boneka. Agenda ini tidak mungkin akan menguntungkan rakyat Malaysia, kerana ia berpaksikan kepentingan ekonomi barat semata-mata. Lebih dari itu, ia juga mendedahkan masyarakat Malaysia kepada risiko kehancuran budaya dan nilai-nilai murni kemanusiaan.

Kesimpulannya, jika PR memerintah negara ini, akan bermulalah era kejatuhan Islam di Malaysia, iaitu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive