Saturday, 22 September 2012

PANASSX !! MACAMANA NAK ADA ADIK KALAU LINE SELALU TAK CLEAR !!! UTK PEMBACA 25THN KEATS

HIASAN

Bagi generasi kelab 40, masih ingatkah akan cerita Atan (bukan nama sebenar) yang disuruh ayahnya ke kedai pada suatu petang untuk beli ikan bilis?

Tujuan si ayah bukanlah kerana hendakkan ikan bilis tetapi kerana mahu privacy untuk beraktiviti dengan isterinya tanpa gangguan. Atan yang meragui helah ayahnya, mengatur rancangan sulit. Dia tidak ke kedai tetapi menunggu di bawah rumah untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.

 Dan apabila aktiviti ayah dengan ibunya bermula, dia menghafal dialog mereka yang dicuri dengar dari bawah rumah. Kemudian, apabila ditanya ayahnya mengenai ikan bilis yang disuruh beli, dari mulut Atan yang tergagap-gagap ketakutan, terhambur keluar semua dialog yang didengarnya tadi.



 Ayahnya naik angin lalu menempeleng Atan hingga songkoknya jatuh ke lopak. Apabila dimarah ayahnya, mengapa dia tidak segera ambil songkok itu, Atan menjawab: “Biarlah rendam lama-lama, bukan nak reput!” Lagilah si ayah menyinga.

Saya tidaklah mahu menitipkan semua dialog 40SX daripada cerita Atan dengan ayahnya. Cerita rakyat ini saya ulang sekadar untuk membangkitkan nostalgia bagi generasi kelab 40 di samping boleh jadi peringatan supaya kita lebih hati-hati.

Pastikan pintu bilik berkunci, tidak ada lubang dan juga kawal bunyi-bunyian! Ibu bapa memang perlu asingkan anak-anak paling lewat apabila usia mereka mencecah tujuh tahun. Bukan sahaja pisahkan tempat tidur dengan ibu bapa, malahan juga sesama mereka yang berbeza jantina.

Sebab itulah, kerajaan sejak 15 tahun lalu menetapkan polisi supaya setiap rumah kos rendah perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu bilik untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Ini berbeza dengan amalan tahun-tahun sebelum itu yang mana hampir kesemua rumah kos rendah terutama rumah pangsa hanya mempunyai dua bilik.

Namun hendak pisahkan anak kecil dari tempat tidurnya dengan ibu bapa bukan sesuatu yang mudah. Gunalah apa juga helah atau umpan sekalipun, tetap tidak mudah untuk mereka ikut, apa lagi si bongsu. Selagi tidak mempunyai adik, selagi itulah dia tetap mahu tidur di bawah ketiak ibunya.

Seorang kawan pernah beri komen menarik ketika kami bersembang hal itu, “macam mana nak ada adik kalau selalu line tak clear?” Itulah dilema kebanyakan ibu bapa! Berbanding dengan zaman kita kanak-kanak dahulu yang lazimnya mudah sahaja mengangguk apabila disuruh melakukan sesuatu, anak-anak pada zaman kereta hybrid ini sebaliknya cenderung untuk menyoal ataupun menuntut alasan jika mereka dilarang atau diberi sesuatu arahan.

Dan ini bukan hanya melibatkan anak-anak yang berusia belasan, yang sudah menginjak umur remaja malah yang lebih muda pun juga tidak segan silu mahukan alasan yang logik apabila diminta tidur berasingan daripada ibu bapa. Seorang kawan menceritakan akan hal anak bongsunya yang sudah berusia lapan tahun tetapi masih mahu tidur bersama ibu ayah.

Apabila diminta tidur di bilik berasingan, dia menyoal ibu ayahnya, mengapa dia tidak boleh lagi tidur bersama mereka? Maka dijawab oleh si ibu: “Tak bolehla… adik kan dah besar. Orang besar tak boleh tidur dengan ibu lagi. Tengok abang dengan kakak masing-masing ada bilik sendiri.

Adik pun kena tidur bilik adik sendiri jugak.” Si ibu, juga ayahnya menjangka mereka sudah beri jawapan yang paling tepat, paling logik dan tidak boleh ditolak lagi oleh si bongsu. Namun dengan tidak disangka, si anak yang rupa-rupanya masih tidak berpuas hati sebaliknya berkata: “Kalau orang besar tak boleh tidur dengan ibu, ayah tu, sudah besar gajah pun mengapa masih nak tidur dengan ibu lagi? Mengapa ayah boleh, adik tak boleh?” (MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive