Tuesday, 18 September 2012

MAHFUZ TAK JAGA POKOK SENA SAMPAI PENIAGA KENA PINDAH PUN DIA TAKTAU ?




Seramai 40 peniaga di Pasar Tani, Pokok Sena di sini bimbang hilang punca pendapatan selepas diarah berpindah berikutan tapak perniagaan tersebut akan dibangunkan untuk projek pembangunan.

Pengerusi pasar tersebut, Abdul Halim Saleh, 54, berkata, mereka telah dimaklumkan oleh pemaju berhubung perkara itu pada 2 Mac lalu.

"Semasa pertemuan peniaga dengan pemaju dan wakil pejabat daerah, kami dimaklumkan pasar tani ini perlu dipindahkan kerana kawasan tersebut akan digunakan sebagai laluan keluar masuk yang baru untuk projek tersebut.



"Pihak pemaju juga ada mencadangkan tapak perniagaan baru tetapi peniaga tidak diberitahu dengan jelas kawasan mana yang dicadangkan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Halim berkata, mereka tidak menghalang pembangunan tersebut tetapi berharap pihak pemaju mengambil kira nasib peniaga yang selama ini mampu memperoleh pendapatan lebih RM2,000 sebulan.

SUMBER UTARA NEWS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive