Thursday 20 September 2012

PANASS !!! MAHASISWA PRO FUCKATAN FITNAH DS NAJIB GUNA SURAT PALSU UMNO #ASPIRASIMAHASISWA




Agak menakjubkan apabila budak-budak hingusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) mempunyai ilham untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demi meraih undi pilihanraya kampus kali ini.

Untuk makluman, pilihanraya kampus di IIUM dijadualkan bermula hari ini di mana kini sedang berlangsung proses penamaan calon di universiti tersebut.

Semalam, sekumpulan budak-budak hingusan menyiarkan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah ditandatangani Perdana Menteri.

Mereka mendakwa Dr. Mizan dilantik bagi memastikan kemenangan para mahasiswa pro-kerajaan di IIUM yang dikini dikuasai oleh kumpulan pro-Mahasiswa yang membawa suara Pakatan Haram di universiti tersebut.

Persoalannya, apakah benar surat bertarikh “7 Ogos 2012” yang disiarkan di laman facebook Buletin UIAM itu adalah sepucuk surat yang sah dan berkreadibiliti untuk dijadikan bahan bukti?



Menariknya, surat berkenaan menggunakan kepala surat UMNO ditujukan kepada Rektor IIUM, Datuk Profesor Dr. Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Najib di atas kapasiti jawatan Presiden UMNO Malaysia.

Saya ingin bertanya budak-budak hingusan yang cuba mereka-reka cerita kartun ini, apakah mereka fikir Perdana Menteri mempunyai masa untuk memikirkan soal perlantikan seorang Timbalan Rektor HEP bagi sesebuah universiti?

Budak-budak suruhan Anwar di IIUM itu perlu tahu bahawa Najib sangat sebok menguruskan negara dan memiliki jadual yang padat berbanding “ketua” mereka yang begitu banyak masa berceramah ke sana sini dan kerap ke luar negara melobi dana PRU!

Lebih-lebih lagi, apakah budak-budak tersebut fikir Perdana Menteri sebodoh mereka untuk menulis sepucuk surat bagi melantik seorang Timbalan Rektor sedangkan beliau mampu berbuat demikian hanya dengan satu panggilan telefon saja?

Untuk makluman budak-budak Pro-M di IIUM, apakah mereka fikir dengan melantik Dr. Mizan sebagai Timbalan Rektor HEP di universiti itu maka beliau mampu memastikan mahasiswa pro-kerajaan menang pada pilihanraya kampus kali ini?



Apakah dalam tempoh sebulan Dr. Mizan boleh mematikan gerakan mahasiswa pro-Pakatan Haram yang sudah bersarang di IIUM sejak di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka gila, kah?

Saya sangat yakin bahawa sekiranya Najib mahu menghapuskan pengaruh Pakatan Haram di IIUM, sudah tentu ia melibatkan lebih ramai pihak dan memerlukan masa lebih dua tahun untuk mematikan nama “Anwar” di situ.

Lagipun, semua orang tahu bahawa nama Anwar agak kuat di IIUM ketika dia di dalam kerajaan dulu dan dia dipercayai sempat meletakkan orang-orangnya di universiti tersebut sebagai percaturan menaikkan imejnya sebagai “Pak Syiekh”.

Justeru itu, adalah tidak logik sama sekali untuk budak-budak hingusan di IIUM itu meletakkan tarik 7 Ogos 2012 lalu untuk memfitnah Najib, Timbalan Rektor HEP dan nama baik UMNO di mata rakyat Malaysia, khususnya para mahasiswa.

Pada saya, sekiranya Anwar terdesak sekalipun mahu “anak-anak ikan”nya menang pada pilihanraya kampus di IIUM kali ini, dia sepatutnya menggunakan strategi yang lebih mantap dan lebih logik supaya tidak dapat dipertikaikan sebegini mudah.

Saya percaya, isu surat lantikan palsu yang didedahkan para pencacai muda Pakatan Haram di IIUM itu akan memakan diri sendiri dan berkemungkinan akan menyebabkan kekalahan yang lebih besar terhadap gerakan Pro-M.

Persoalannya, tidak malukah budak-budak hingusan yang kononnya terpelajar di universiti itu menggunakan taktik kotor untuk menang pilihanraya kampus dan memalukan diri sendiri di khalayak rakyat Malaysia?

Saya berpendapat, hanya mahasiswa yang bodoh dan berotak kelas terbawah saja yang akan terpengaruh dengan dakwaan tidak masuk akal tersebut. Namun yang berakal dan berpandukan Islam sudah pasti akan terpelihara dari fitnah “dajal” itu…

SUMBER MYKMU

1 comment:

Brahim Nyior said...

Hanya orang yang bodoh sahaja mudah ditipu dengan surat palsu ini.

Pertamanya, kepala surat berlogo UMNO seakan ditempelkan.

Keduanya, Perdana Menteri tidak perlu menggunakan letter head UMNO untuk menghantar surat ke jabatan kerajaan. Jika dibuat, ia menampakkan kebodohan yang nyata.

Ketiga, tiada salinan surat (s.k) untuk Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, yang sepatutnya mengetahui tentang pelantikan tersebut.

Jika saya jadi Najib, saya hanya perlu buat panggilan telefon, sebab saya Perdana Menteri.

Sahlah ini hanya kerja orang-orang yang tersepit dan 'desperate'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive