Tuesday, 18 September 2012

MENGIMBAU KEMBALI AUTA ANWAR 16 SEPTEMBER




TANYA generasi muda hari ini apa yang mereka ingat tentang sambutan 16 September. Percayalah, majoriti daripada mereka akan lebih ingat tarikh 16 September sebagai tarikh Anwar ‘sepatutnya’ angkat sumpah jadi Perdana Menteri 4 tahun dulu iaitu pada 16 September 2008, daripada 16 September sebagai hari Malaysia.

Sebelum ini rakyat kita tidak ada masalah langsung pasal mengingati sambutan 16 September sebagai hari Malaysia. Datang Anwar dan pembohongannya berbulan-bulan sebelum itu, langsung orang lupa pasal hari Malaysia.

Kalau tidak kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib isytihar 16 September sebagai cuti umum. penulis ingat langsung orang tak tau itu hari Malaysia dah, sebaliknya hari Anwar ‘sepatutnya’ jadi Perdana Menteri!!

Sebetulnya, projek 16 September 2008 tidak pernah wujud. Angka-angka yang disebutkan Anwar itu juga tidak pernah ada. Anwar sengaja reka semua itu kerana dia nak letak tekanan pada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dengan menakutkan pelabur asing kononnya berlaku ketidak stabilan politik di Malaysia.



Kebetulan, kestabilan politik adalah antara faktor utama pelabur datang ke negara ini, kalau nak kira tenaga buruh murah, lebih baik mereka pergi China. Ini juga bukti Anwar tidak peduli pasal negara asal sahaja dia boleh jadi Perdana Menteri.

Sebab itu Anwar reka 16 September dengan harapan pelabur lari, pekerjaan kurang dan Anwar dapat ulang semula zaman reformasinya tahun-tahun 1998 dulu.

Yang ramai dari kita tidak tahu, apa yang berlaku sebenarnya ialah, wakil Anwar telefon beberapa orang Ahli Parlimen BN dan tawarkan jawatan dalam kerajaan kalau mereka bersetuju melompat parti.

Jumlah yang dihubungi Anwar tidak sampai 5 orang, itupun semua menolak. Jadi yang Anwar gebang 31 orang Ahli parlimen BN sudah bersetuju untuk melompat itu sejak Jun 2008 itu, hanya auta, bohong.

Itu sahaja ceritanya, segala yang lain itu hanyalah pembohongan belaka.

Logiknya disitu, Anwar dakwa (rujuk video dibawah) sudah ada sokongan untuk bentuk kerajaan pusat sejak Jun lagi, tapi kenapa dia masih nak tunggu 16 September?

Sebetulnya 16 September ini dipilih sebab selain signifikasi dengan hari Malaysia, Anwar mahu bermain dengan masa, dengan harapan apa yang dirancang (pelabur lari, pengangguran meningkat dan rakyat bangkit memberontak) akan berlaku.

Kebetulan ekonomi dunia pada waktu itu sedang mengalami kemelesetan, lanjutan dari krisis sub prima yang sedang melanda Amerika Syarikat. Kesempatan dari inilah yang Anwar cuba ambil dengan cipta pembohongan 16 September.

Tapi Allah swt masih sayangkan negara kita dari jatuh ke tangan pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim ini.

Ini sepatutnya jadi teladan kepada rakyat Malaysia supaya terus menolak Anwar dan Pakatan haram yang dipimpinnya. Tidak ada apa yang betul dengan perjuangan Anwar Ibrahim sekarang, semuanya tentang membohongkan rakyat untuk kepentingannya sendiri, tidak lebih dan tidak kurang.



SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive