SEJAK Jumaat, penulis mengambil inisiatif menyiasat sendiri asal usul bendera dikibar macai Pakatan haram di Dataran Merdeka pada malam sambutan kemerdekaan yang katanya adalah bendera Malaya, sebelum jalur gemilang.
Penulis berjaya berjumpa dengan beberapa orang lama yang masih segar ingatan mereka tentang bendera ini. Diakhir pencarian itu penulis rasa tersangat bodohnya puak Pakatan haram ini kerana jawapan kepada bendera sebenar Malaya dibawah British adalah mudah sekali – Union Jack.
Bukan ntah mana bendera yang mereka dakwa sebagai bendera lama Malaya seperti dibawah. Pelik betul, benda yang boleh dibuat dengan mudah macam gambar dibawah ini pun mereka mahu rakyat percaya.
Sudah tentulah Union Jack.
Logiknya disitu, semua negara dibawah jajahan British adalah menggunakan bendera Union Jack. Walaupun setelah mereka merdeka, masih ada beberapa negara yang mengekalkan Union Jack pada bendera baru masing-masing sebagai menghormati Ketua Negara, Queen Elizabeth macam Australia dan New Zealand.
Mana ada negara dibawah jajahan boleh ada bendera sendiri, nampak sangat buta sejarah sesiapa yang mengatakan bendera yang dikibar macai Pakatan itu bendera lama Malaya, sejarah mana dia kutip pun penulis tidak tahu.
Nampak sangat ilmu kelentong tak berapa nak terer. Dah kantoi sebab naikkan darah orang, mulalah cipta berita palsu yang tidak bertahan beberapa hari pun.
Macam mana Anwar kaki kelentong, macam itu jugalah macainya kaki kelentong juga.
SUMBER MYKMU
1 comment:
Hang tu yang tak brapa kaji.... Memang la union jack diturunkan untuk digantikan dengan bendera malaysia..abes hang nak kate bendera sang saka malaya ke yang patot ade kat tiang tu.hangpalahangtu betoiii..
Parti kebangsaan Melayu Malaya PKMM)wujud pada tahun 1945,
Parti ini adalah parti Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Maka diorng pon propose bendera Sang Saka Malaya. AIyoooo...
Post a Comment