Sunday, 17 June 2012

PANASS !!! AZIZAN RAZAK TOLONG JELAS PASAL ISU NI !! KALAU TIDAK ???



BALING – Kerajaan PAS Negeri Kedah dituntut memperjelaskan kedudukan projek Ladang Sejahtera di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas di Mukim Kupang di sini ekoran projek berkenaan didakwa belum diberikan kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar.

Menurut sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, permohonan bagi kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment) masih lagi di proses bagi penebangan balak di kawasan 15,000 hektar di seluruh Kedah, termasuk di sini.

Sumber berkenaan juga menjelaskan bahawa setiap aktiviti pembalakan yang melibatkan 500 hektar tanah hutan simpan kekal perlu mendapatkan kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar melalui laporan Jabatan Perhutanan Negeri terlebih dahulu.

“Kami keluarkan laporan mengenai kawasan yang terlibat dan kemudian laporan itu diserahkan kepada syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBIK), untuk dikaji semula dan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk permohonan EIA.

“Jabatan Alam Sekitar kemudiaan akan kaji semula permohonan itu sama ada ia menepati kehendak perundangan dengan mengambil kira keadaan alam semulajadi, prospek pencemaran dan tentang kesan-kesan terhadap penduduk berdekatan,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.




Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai yang ditemui di sini menafikan ada menerima sebarang permohonan kelulusan EIA dari pihak MBIK atau Kerajaan PAS Negeri Kedah berhubung aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan kekal itu.

Bagaimanapun menurut tinjauan dikawasan tersebut yang dibongkarkan oleh beberapa pemilik blog, The Duke’s Blog, Kedah Ke KL, Media Kedah, dan Kamera Kupang, aktiviti pembalakan di kawasan tersebut telah beroperasi di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu .

Menurut pemilik-pemilik blog tersebut, para penduduk di kaki gunung tersebut tidak tahu untuk mengadu kepada siapa lagi setelah beberapa aduan mereka kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah dan Exconya dipandang sepi dan diremehkan begitu saja.

“Kami pernah adu pada JKKK, kat ADUN kami pun pernah adu dan isu ni dibawa ke sidang DUN, tapi Azizan pandang lekeh dan tak paham apa yang kami cuba sampaikan, dia permainkan kami macam tu saja…sebab tu kami harap bloggers boleh bantu kami,” kata salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Pak Da.

Menurutnya, kesan dari aktiviti pembalakan tidak terancang itu telah menyebabkan air terjun Lata Celak yang menjadi sumber air bersih bagi penduduk Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi, Kampung Padang Hang, Kampung Bokbak dan Kampung Masjid Iboi itu tercemar dan keruh.

Ekoran itu, penduduk kampung berkenaan terpaksa menggunakan air berlumpur sebagai sumber air minuman, memasak, mandi dan membasuh.

“Ada yang dapat penyakit kulit, memasak dengan air keruh macam teh tarik, baju sekolah anak-anak kami semuanya tak putih dah…semuanya kuning dan perang,” keluh Pak Tam pula.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebelum ini memberi komen kepada media berhubung kualiti di kawasan air terjun Lata Celak dengan memberi alasan bahawa airnya bertukar air menjadi keruh hanya ketika hujan lebat di situ.

Bagaimanapun, ia disangkal oleh para penduduk tempatan yang tinggal di sekitar sumber air itu dengan menegaskan bahawa air di Lata Celak tetap keruh meskipun hujan tidak turun di kawasan berkenaan dalam tempoh dua minggu.

“Mana ada..! Tak hujan dua minggu pun kat sini, air tetap keruh jugak..Cuma kalau masa hujan tu dah tentulah airnya bertambah keruh…kalau tak hujan air teh tarik…kalau hujan jadi air nescafe tarik!,” tegas para penduduk kampung tersebut.

Selain itu, Pengerusi Koperasi Penduduk Kampung di Lata Celak, Mohamad Hashim ketika ditemui melahirkan rasa kesalnya apabila aktiviti pembalakan “haram” tersebut telah menyebabkan pusat tumpuan pelancong di sini musnah.

Menurutnya, sebelum aktiviti pembalakan beroperasi kira-kira dua tahun lalu, kawasan air terjun Lata Celak telah diiktiraf oleh kajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai sumber air mineral yang paling bersih di Kedah.

Dia turut menjelaskan bahawa kawasan air terjun itu juga dikunjungi oleh ribuan pelancong luar pada setiap bulan di mana ia berpotensi menjana ekonomi para penduduk kampung di sini.

Melihat kepada potensi tersebut, mereka sepakat untuk menubuhkan sebuah koperasi yang telah didaftarkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membangunkan eko-pelancongan di Lata Celak itu.

Namun kerana kerakusan MBIK mengejar keuntungan dari aktiviti pembalakan telah menyebabkan kawasan air terjun yang jernih dingin itu tercemar teruk dan tidak lagi dikunjungi pelancong sejak itu.

Akibatnya, koperasi yang dianggotai oleh lebih 60 orang penduduk kampung tersebut mengalami kerugian dan terpaksa ‘gulung tikar’ setelah lokasi tarikan pelancongan di situ ‘disabotaj’ oleh pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Dilaporkan bahawa isu tersebut telah dipanjangkan oleh blogger-blogger tersebut kepada pihak media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian dan “team” Aduan Rakyat dari TV3 untuk mengetengahkan rintihan para penduduk kampung tersebut.

Kerajaan PAS Negeri Kedah melalui MBIK sebelum ini telah meluluskan seluas 15,000 hektar tanah hutan balak untuk ditebang bagi tujuan Ladang Sejahtera di mana seluas 5,323 hektar kawasan hutan simpan telah “dilicinkan” di seluruh Kedah.

Jumlah tersebut belum termasuk hampir 7,000 hektar kawasan yang digazetkan sebagai kawasan pembalakan di negeri itu dan tidak hairanlah pihak kerajaan negeri berjaya membolot keuntungan berjumlah RM80 juta pada tahun 2011.

Kerajaan Negeri Kedah sebelum diambil alih PAS hanya membenarkan sebanyak 2,500 hektar untuk tujuan pembalakan dengan kawalan dan pemantauan ketat dari agensi-agensi penguatkuasaan terbabit menerusi sistem “Tagging”.

Sistem “Tagging” merupakan sistem pembalakan terancang yang diiktiraf dunia bagi digunakan atas tujuan pembalakan yang dikatakan sangat berkesan untuk memelihara alam semulajadi dan hutan simpan serta kawasan-kawasan di sekitarnya. – Mynewshub.my


MTK
JAWAB LA JIJAN,HANG JANGAN NAK BOHONG LAGI PULAK,DAH TERANG TERANG EIA TAK PERNAH LULUS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive