Saturday, 2 June 2012

#AMANKAMPUS ERATKAN LAGI HUBUNGAN PELAJAR DENGAN RAKYAT !! @NajibRazak @AmanKampus



Aman Kampus meneruskan siri jelajah mereka untuk fasa yang ke-3 dan kali ini tertumpu hanya di negeri Sarawak. Jelajah kali ini bertemakan “Aman Kampus Kenyalang 2012 – Anak Sarawak Pulang Berbakti” yang melibatkan penyertaan anak-anak negeri Sarawak yang sedang belajar di Semenanjung Malaysia serta dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada 30 Mei yang lepas, pasukan Jelajah Aman Kampus Kenyalang telah menjayakan dua program bersama penduduk kawasan setempat.





Program pertama ialah program "Bakti Siswa" di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib yang bertempat di Petrajaya. Rumah anak yatim ini menempatkan mereka yang berumur 7 tahun sehingga 17 tahun. Keseluruhan jumlah anak yatim yang ditempatkan di sini adalah seramai 186 orang termasuk pelajar yang tinggal di sekolah berasrama.



Namun, ketika lawatan Jelajah Aman Kampus Kenyalang diadakan, hanya tinggal lebih kurang 30 orang anak-anak yatim di sini kerana kebanyakan daripada mereka pulang ke rumah sanak-saudara memandangkan sekarang merupakan cuti sekolah.

Peserta Aman Kampus Kenyalang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib ini.




Khairul atau lebih mesra dipanggil Mi'auu oleh kakak/abang yang lain merupakan penghuni termuda di yayasan ini. Beliau bersama abangnya yang berumur 9 tahun dihantar ke yayasan oleh abang mereka yang sedang menuntut di tingkatan 6 setelah kematian kedua ibu bapanya.


Pengerusi Aman Kampus, Saudara Shahar Abdullah bertanyakan kepada Ustaz Nuri mengenai harapan yayasan tersebut yang telah ditubuhkan sejak tahun 1986 sehingga kini.

Ustaz Nuri merupakan seorang pegawai agama dan merupakan 'ayah' kepada anak-anak yatim di yayasan ini. Panggilan 'ayah' dan 'ibu' adalah panggilan yang digunakan oleh anak-anak yatim ini kepada semua tenaga yayasan yang berjumlah 20 orang keseluruhannya.

Peluang untuk mendekati anak-anak yatim seperti mereka adalah peluang yang perlu dihargai kerana secara tidak langsung ianya dapat membuka mata kita supaya lebih menghargai ibu serta ayah serta bersyukur kerana masih menikmati nikmat kasih sayang daripada ibu bapa kandung.



Seterusnya, pada sebelah malam pula, peserta Aman Kampus Kenyalang dibawa ke Kg. Baru Kota Samarahan. Kg. Baru mempunyai kepadatan penduduk hampir 5000 orang dan mempunyai hampir 1000 buah rumah. Kampung ini merupakan kampung kedua terbesar di bahagian Samarahan.



Alhamdulillah. Kedatangan pasukan Jelajah Aman Kampus Kenyalang disambut meriah oleh penduduk setempat. Program utama pada malam ini adalah PENTARAMA iaitu sebuah persembahan muzikal-drama.

Lebih kurang seramai 500 orang penduduk yang hadir bagi meraikan mahasiswa dan mahasiswi peserta Jelajah Aman Kampus Kenyalang di samping untuk turut berhibur dengan persembahan PENTASRAMA. Turut sama hadir pada malam ini ialah Surabaya Hj. Leman, Timbalan Pengerusi Kg. Baru, Kota Samarahan. Peserta Jelajah Aman Kampus Kenyalang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penduduk setempat.




Antara NGO yang turut sama menjayakan Aman Kampus Kenyalang adalah Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Pengarah Kebangsaan Belia & Sukan JMM, Saudara Hamdan Mohd Salleh turut bersama Aman Kampus Kenyalang dan tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra dengan anak-anak Kg. Baru Kota Samarahan di Dewan Serbaguna Kg. Baru.

Sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk tempatan menunjukkan bahawa Aman Kampus Kenyalang ini diterima kebanyakan masyarakat dan sangat relevan dalam usaha membawa mahasiswa mendekati masyarakat secara berhemah kerana golongan mahasiswa kini sangat dipandang tinggi oleh masyarakat Malaysia. Peserta Aman Kampus turut menggambarkan sikap mahasiswa yang berdiplomasi, berfikiran rasional serta bersikap toleransi tanpa perlu berdemo di jalanan. - SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive