Monday 28 May 2012

UMNO KEDAH KESAL AKTIVITI PEMBALAKAN TANPA KAWALAN REGIM PAS KEDAH



Amat menakutkan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menyatakan kekesalan beliau tentang aktiviti pembalakan yang dilaporkan berleluasa di daerah Baling.

Beliau berkata berdasarkan aduan yang diterima menerusi surat, sms dan lisan, penebangan balak berlaku dengan ketara di Baling, Sik dan Padang Terap dan ia berlaku seoalah tanpa kawalan kerajaan negeri Kedah.

“Saya mendapat laporan tentang aktiviti pembalakan di kawasan hutan sekitar Baling yang habis botak kawasan bukit di sana. Kita telah menghantar pasukan pemantau ke sana dan daripada tinjauan mereka banyak kawasan hutan telah cerah dan ada sungai yang telah bertukar menjadi keruh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pilihan Raya kepada Pengerusi Unit Pilihan Raya Parlimen Alor Setar, hari ini.




Mengulas mengenai demo sekumpulan pemuda dan pemudi di Baling kelmarin yang membantah pembalakan di kawasan mereka, Ahmad Bashah berkata apa yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan adalah betul.

“Mereka memperjuangkan benda yang sah iaitu mahu menyelamatkan kawasan hutan dan kawasan tadahan air. Ini bukan soal politik tetapi ia adalah isu yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat, alam sekitar, kawasan tadahan hujan dan bekalan air pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri bersikap tutup mata terhadap aktiviti pembalakan itu ia akan mengakibatkan kesengsaraan kepada generasi akan datang.

“Apabila hutan telah musnah banyak musibah akan berlaku seperti kejadian banjir di Sik dua tahun lepas yang dilaporkan berpunca daripada aktiviti pembalakan,” katanya.

Ahmad Bashah mendesak jawapan apakah yang dilakukan kerajaan negeri terhadap aktiviti pembalakan berkenaan. Adakah pembalakan berkenaan dilakukan di kawasan yang dibenarkan.

Kita juga pinta kerajaan negeri nyatakan jumlah sebenar keluasan pembalakan yang diluluskan sedangkan selama ini kerajaan negeri sering mendakwa mendapat premium balak yang meningkat tanpa tambahan kawasan pembalakan.

Di zaman BN kita juga menebang balak, tapi pengawalan rapi dilakukan tidak seperti sekarang sebegitu rakus, katanya


SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive