Tuesday 8 May 2012

TUDIAA !!! SPIDERWOMAN BERANAK SATU TUMPAS ??




KUALA TERENGGANU -Seorang ibu beranak satu berlagak ala-ala ‘spiderwomen’ apabila dia memanjat tingkat tiga bangu­nan­ asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini.

Dia berbuat demikian dipercayai untuk mencuri tembaga wayar bumi yang dipasang di bangunan berkenaan, dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu bertindak berani melakukan kerja-kerja memotong wayar bumi tanpa pertolongan sesiapa, walaupun dalam suasana persekitaran yang agak suram.



Difahamkan, dia yang turut memiliki rekod lampau jenayah dadah bertindak sedemikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang, bagi membolehkannya membeli pil kuda yang menjadi ‘makanannya’ saban hari.

Bagaimanapun, wanita itu kantoi di tangan pengawal keselamatan bertugas semasa sedang mengangkat wayar-wayar yang berjaya dipotong untuk dibawa keluar dari lokasi terbabit.

Dia kemudiannya diserahkan kepada anggota polis peronda yang secara kebetulan melewati lokasi kejadian untuk membuat rondaan keselamatan.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menjelaskan wanita itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive