Thursday 10 May 2012

SERPIHAN PESAWAT SUKHOI TERHEMPAS DIJUMPAI !!



JAKARTA - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui serpihan pesawat awam Sukhoi Superjet-100, yang dilaporkan hilang petang semalam bersama 50 penumpangnya.

Bagaimanapun, nasib para penumpang itu masih belum diketahui.

Serpihan pesawat itu dikesan dari helikopter di kawasan Gunung Salak, kata Ketua Penyelaras Pusat Operasi Utama di Taman Nasional Gunung Halimun Salak, Ketut Purwa.



Pengesahan mengenai penemuan itu disampaikan oleh pasukan penyelamat yang meninjau dari sebuah helikopter Super Puma bahawa mereka telah melihat secara fizikal serpihan itu dari ketinggian 2,500 kaki.

Helikopter milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) itu dikerah untuk membantu mencari pesawat Shukoi yang hilang itu di kawasan Gunung Salak itu.

Sementara itu, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam kenyataan akhbar di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta, meminta pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan rapi terhadap kejadian itu untuk mengetahui puncanya.

Beliau telah meminta pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu supaya mengutamakan usaha menyelamat para penumpang.

Presiden itu telah mengarahkan Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Marshal Madya Daryatmo supaya mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan para penumpang dalam operasi mereka.

Usaha pencarian dibuat melalui darat dan udara dengan menggunakan empat buah helikopter, Daryatmo.

Beliau berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sebab hilangnya pesawat Sukhoi itu.

Ketua Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan KNKT) Tatang Kurnadi berharap pasukan penyelamat dari Basarnas dapat menemui "kotak hitam" dari bangkai pesawat itu. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive