Friday 11 May 2012

PANASS !!! ADIK BERADIK KESAL ADUN PAS KUBANG ROTAN TAK PERNAH ZIARAH



KUALA KEDAH – Meskipun Mak Tom adalah merupakan saudara mara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa dari parti PAS, dia tidak pernah sekali pun dilawati oleh wakil rakyat itu sejak tahun 2008.

Warga emas itu sudah lebih lapan tahun tidak mampu berjalan dengan baik dan perlu dipimpin atau berpaut pada dinding, alang atau tiang rumahnya untuk bergerak di dalam rumahnya.


Menurutnya lagi, sejak tidak mampu bergerak seperti insan lain, Mak Tom hanya bergerak di sekitar rumahnya sahaja dan tidak mampu pergi jauh.

Mak Tom dan keluarganya yang menetap di Kampung Sg. Kubang Rotan di sini sudah sekian lama merupakan penyokong kepada parti PAS kerana percaya bahawa parti itu mampu memperjuangkan nasib rakyat seperti mereka sebagaimana yang dianjurkan Islam.


Kemenangan Nasir yang ada pertalian darah dengannya itu membuatkan mereka dan sanak saudara mereka yang tinggal di kampung tersebut bangga dan mengharapkan keprihatinan pemimpin PAS itu untuk membantu mereka.

Namun malangnya, mereka semua begitu kecewa dengan Nasir yang tidak pernah berkunjung bertanyakan khabar sanak-saudaranya itu. Bayangnya pun tidak pernah kelihatan dan dia dikatakan tidak pernah menjejakkan kaki langsung di rumah Mak Tom.

“Tidak..dia tak pernah mai rumah Mak Tom. Tanya khabaq pun tak pernah aihhh..Dia tak pernah mai kampung ni pun. Dia tak peduli pun pasai kami kat sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut menantunya yang hanya dikenali sebagai Pak Karim, mereka mula marah dan kecewa dengan ADUN PAS Kubang Rotan itu apabila dia dikatakan tidak turun menjengah kawasan ketika bencana banjir besar yang melibatkan kampung mereka ketika itu.

Bukan sekadar tidak turun padang, Nasir juga dikatakan tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada orang-orang kampung, termasuk saudara maranya yang tinggal di kampung tersebut.


Yang hadir memberi bantuan segera ketika itu ialah beberapa pihak dari UMNO yang tidak memilih bulu dan sanggup menghulurukan bantuan kepada para penyokong PAS tegar di kawasan terbabit.

Sejak itu menurutnya, kawasan itu yang dahulunya terkenal sebagai “kubu kuat PAS” telah bertukar arah untuk menyokong UMNO yang dilihat begitu ikhlas membantu tanpa mengharapkan sokongan politik dari mereka.

Ketika kami berkunjung ke rumahnya, Mak Tom juga telah dikunjungi oleh beberapa wanita dari kawasan tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada warga emas itu dengan menghadiahkannya kerusi roda bagi kegunaan seharian.

Terharu dengan pemberian tidak seberapa itu, Mak Tom tidak lupa berterima kasih kepada Allah SWT dan pihak Wanita UMNO Kuala Kedah yang memberikan hadiah yang cukup bererti baginya itu.

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive