Friday, 3 February 2012

PANAS!! APA KAITAN ANWAR DENGAN YAHUDI (EMAIL DARI PEMBACA




Artikel ni mtk ambil dari blog kedahkekl..email dari pembaca blog.Kali ini beliau mengulas mengenai kisah Anwar dan Israel. Beliau selitkan persoalan dan pernyataan yang mungkin tak pernah kita fikirkan. Baca email dari beliau,


Salam Mc,


Sehari dua yang lepas, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam wawancara beliau dengan Wall Street Journal (WSJ) telah menyatakan sokongan kepada Israel dengan mengiktiraf dan menyokong akan tindakan-tindakan bagi memelihara KESELAMATAN ISRAEL. Sikap ini telah membakar hati dan jiwa rakyat Malaysia terutamanya rakyat yang beragama Islam. Kalau selama ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel apatah lagi menjalin hubungan diplomatik dengannya maka dengan sekelip mata DSAI telah mengubah pendirian ini tanpa mengambil kira aspirasi,hati dan perasaan rakyat Malaysia.


Sebenarnya, bagi mereka-mereka yang yang mengikuti dengan rapat sikap dan tindak tanduk perangai DSAI ianya tidak banyak berbeza dengan keadaan dan situasi Israel pada hari ini kalau pun ianya tidak sama. Justeru tidaklah menghairankan jika beliau mengiktiraf dan menyokong Israel secara terbuka apatah lagi bermuka-muka dengan negara-negara Barat kesayangan beliau.


Situasinya begini, Israel meletakkan dirinya dalam keadaan KEBIMBANGAN diserang oleh negara-negara Arab yang ada disekelilingya dengan hasrat mendapat simpati dan pembelaan dunia, khasnya negara-negara kuasa besar. Hakikat sebaliknya yang berlaku. Negara-negara Arablah yang sentiasa kebimbangan dan menderita dinegara sendiri daripada ancaman negara Penakluk Israel.


Hal yang sama berlaku keatas DSAI dengan menuduh haknya dinafikan sebagai rakyat, beliau difitnah, beliau diracun, nyawanya terancam dan bermacam-macam lagi tohmahan. Ini semua akan meletakkan beliau dalam keadaan ketakutan dan keselamatan beliau tidak terjamin dan seterusnya menagih simpati rakyat. Hakikatnya beliau yang mengancam keselamatan negara. Jadi apa bezanya dengan keadaan Israel sekarang?


Malangnya lakonan DSAI ini telah memerangkap ramai pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat atasan untuk mengutuk dan memperlekehkan DSAI. Kenyataan mengutuk DSAI oleh kepimpinan tertinggi UMNO sebenarnya merupakan publisiti untuk DSAI. DSAI akan lebih seronok jika lebih ramai pemimpin tertinggi UMNO memperkatakan tentang diri beliau yang bererti beliau masih ditakuti, masih berpengaruh dan diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi kerajaan. Nama beliau disebut-sebut oleh segenap lapisan, maka DSAI masih hidup, masih diingati, ditakuti, dibimbangi dan digeruni.


Beliau memerangkap kepimpinan UMNO menjadi pecacai untuk menjaja dan mempromosi beliau apatah lagi menjelang PRU 13. DSAI tidak perlu berkempen, mengadakan roadshow seperti Dr Hassan Ali. Sebaliknya beliau boleh bersantai sambil menikmati segala nikmat yang tersua dan terbang keluar negara dengan bebas dan senang hati kerana tahu kempen untuk mempromosi diri beliau dijalan dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin tertinggi negara dan segala penat lelah dan perbelanjaan ditanggung.


Tidak cukup dengan tenaga dalam negara, diluar masih ada Al Gore, Clinton, Murdock, Wilfowitz, Soros dan berdozen-dozen lagi. Sebenarnya DSAI lebih takut kalau beliau tidak diberi perhatian, tidak dikutuk dan umpan yang ditaburkan tidak di makan oleh mangsanya. Beliau akan lemas dan gelabah, jika beliau tidak dipedulikan dan dibiarkan tenggelam dari kaca TV, didada akhbar, dilaman blog. Pada masa yang sama jangan kita anggap rakyat bodoh dan tidak mengenali siapa DSAI. Cuma kita bimbang kalau terlalu diperkatakan sifat negatif DSAI rakyat terbanyak akan merasa JEMU dan MUAK. Kalau keadaan sebegini berlarutan keadaan "Backfire" akan berlaku dan kenyataan "Keselamatan DSAI" adalah benar..


Pemimpin negara dan UMNO jangan risau kerja kita masih banyak dimedan dan lapangan. Lebih keraplah berjumpa dan mengambil tahu hal rakyat. Kalau pengundi di DUN kita ada 30,000 pengundi sudahkah kita bersalaman dan bersua muka dengan kesemua mereka? Sudahkah kita kenal berapa orang OKU dan Ibu tunggal dikawasan kita? Berapa lelaki dan berapa perempuan? Berapa ramai anak-anak sekolah. Berapa buah rumah yang ada, apa komposisi kaum nya. Berapa ramai pengundi kita berada diluar dan anak siapa. Berapa ramai lagi anak-anak yang sudah cukup umur yang belum mendaftar pengundi dan berapa banyak lagi persoalan rakyat yang tak perlu diperturunkan disini. Kerja-kerja ini adalah lebih baik dari kerja mempromosi DSAI.


Mc untuk renongan (Nama Mat Salleh, otak dan semangat Melayu pure) kah kah kah


Tan Anak Laha


X-BTN

kedahkekl

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive