Wednesday 1 February 2012

Dr Hasan Ali Dedah Rahsia Pak Turut

SELEPAS mengadakan empat road show setakat ini, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ternyata mula 'menggerunkan' parti tersebut.


Hal ini memandangkan satu demi satu 'rahsia pak turut' Pas dalam pakatan pembangkang yang disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP didedahkan oleh beliau. Walaupun dituduh oleh penyokong fanatik Pas sebagai 'pencacai' dan 'boneka' UMNO namun ia setakat ini masih belum mampu menggugat perjuangan Hasan untuk terus bersuara bagi membongkar kepincangan Pas.


Mungkin untuk menyedapkan hati, dua pemimpin kanan Pas menganggap Hasan 'dipersilakan' terus bersikap demikian kerana pada pandangan mereka ia tidak akan menjejaskan parti itu.


Tetapi Pas tidak boleh angkuh atau merasakan tindakan Hasan tidak akan meninggalkan apa-apa kesan kepada parti tersebut. Ia kerana Hasan bukanlah sebarang individu. Hasan sudah menyertai Pas sejak 15 tahun lalu dan beliau adalah antara pemimpin pertama yang berada dalam pakatan pembangkang apabila gabungan tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan negeri di Selangor.


Selain itu, Hasan juga ialah bekas Naib Presiden Pas dan bekas Ahli Jawatankuasa Pas pusat. Jjusteru sudah pastilah Hasan mempunyai banyak rahsia mengenai kelemahan yang berlaku dalam parti berkenaan dan paling penting mendedahkan kenapa Pas begitu bersedia menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.


Sebenarnya adalah menjadi hak Pas untuk tidak menjawab segala tuduhan Hasan dan Hasan pun tidak 'mengemis' atau mendesak parti itu untuk menjawab. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab Hasan sebagai seorang Islam untuk mendedahkan bagaimana dahsyatnya ketaksuban berpolitik yang diamalkan oleh Pas sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya demi mencari kuasa politik.


Tindakan Hasan berbuat demikian bukanlah untuk meruntuhkan Pas, apatah lagi berhasrat melenyapkan parti itu daripada persada politik tanah air.


Sebaliknya Hasan terpaksa bertindak begitu kerana ingin menyedarkan Pas bahawa perjuangan parti berkenaan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. Pas tidak lagi berpolitik berkiblat kepada matlamat untuk memperjuangkan Islam tetapi segala-galanya ditumpukan kepada usaha untuk meraih kuasa bersama PKR dan DAP.


Sebab itulah seperti mana didedahkan oleh Hasan, Pas sudah menjadi parasit akidah apabila tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat demi menjaga rakan sekutunya. Kalau dalam soal akidah pun Pas boleh berbelah-bahagi, apa ertinya kewujudan Pas sebagai sebuah parti Islam?


Pada masa ini adalah jelas, Pas merasa tidak tergugat dengan pendedahan Hasan atas tafsiran tiada orang Pas yang akan mempercayainya. Mungkin kenyataan itu benar jika ia dilihat dari sudut penyokong fanatik Pas yang majoritinya hanya tahu mengangguk sahaja apa juga kata pemimpin mereka.


Tetapi bagi orang Melayu dan umat Islam, mereka akan membandingkan segala hujah Hasan dengan realiti amalan politik Pas, di situ mereka akan mendapati apa yang diperkatakan oleh Hasan ada kebenaran. Bukan rahsia lagi, Pas kini sudah tiada taring, Pas kini semakin celaru dan seolah-olah tidak tahu ke arah mana hendak dituju.


Semua itu berlaku kerana kesilapan Pas sendiri yang gagal menjadi sebuah parti Islam yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan asal mereka. Kesudahan istiqamah Pas menjadi rapuh apabila berkawan dengan PKR dan DAP sehingga memungkinkan orang seperti Hasan terpaksa mendedahkan kepincangan Pas.


"Ramai melihat Pas kini dalam keadaan kucar-kacir dan tiada pendirian. Saya percaya ahli dan penyokong Pas kini amat dahagakan kepimpinan yang lebih menyerlah.


"Keadaan ini jelas menunjukkan Pas tersepit di antara kepentingan politik sehingga terpaksa merendahkan suara demi kepentingan sekutunya,'' kata penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan.


Apa pun, adalah sesuatu yang aneh apabila Pas cuba melihat segala tindakan Hasan sebagai satu serangan daripada musuh.


Soalnya bersalahkah Hasan apabila beliau menegur sikap berpolitik Pas? Berdosakah Hasan apabila beliau mengingatkan Pas mengenai perjuangan Islam yang semakin ditinggalkan parti itu?


Hasan hanya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin Islam, Hasan tidak mahu Pas terus hanyut memburu kuasa politik sehingga segala-galanya mahu dikorbankan. Hasan sudah masak dengan mainan politik PKR dan DAP, sebab itulah beliau bersedia mengorbankan diri untuk keluar daripada Pas supaya beliau tidak ada sekatan menegur parti kesayangannya itu.


Seperti mana beliau tegaskan sebelum ini, beliau tetap sayang kepada Pas dan Hasan memahami jika beliau berada dalam parti itu, beliau tidak akan mampu memperbetulkan parti berkenaan kerana terdapat ramai parasit.


Justeru mahu tidak mahu, Hasan terpaksa 'berkorban' untuk memastikan Pas tidak terus diperalatkan oleh PKR dan DAP.


Adalah sesuatu yang malang kerana sehingga kini Pas masih mengamalkan sindrom penafian. Segala pendedahan yang dibuat oleh mana-mana pihak akan dianggap bermotif politik dan bertujuan meruntuhkan parti itu. Tetapi hakikatnya, orang luar tidak akan mampu meruntuhkan Pas sebaliknya apa yang berlaku Pas sendiri yang sedang melemahkan perjuangan mereka.


Kerjasama dengan PKR dan DAP tidak memperkukuhkan Pas, sebaliknya hanya merapuhkan parti itu kerana Pas terpaksa mengorbankan prinsip perjuangannya demi senada dengan kedua-dua parti berkenaan.


Walaupun pada asalnya Pas merupakan satu-satunya parti yang berasaskan Islam di negara ini tetapi semua itu sudah menjadi kenangan. Pas 'tersesat' dalam pencarian merebut kekuasaan dan bersedia menjadi 'pak turut' sahaja kepada PKR dan DAP.


Sebaliknya apa yang berlaku sekarang tidak kira apa pun tuduhan Pas, UMNO jauh lebih baik dalam menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu. Inilah yang cuba dilakukan oleh Hasan iaitu memperingatkan Pas supaya jangan terlalu taksub dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.


Mahu tidak mahu, Pas adalah parti yang berasaskan Islam dan ditubuhkan atas nama perjuangan Islam. Kalau pemimpin Pas mendakwa, parti mereka lebih baik kerana UMNO adalah parti nasionalis, bagaimana pula dengan kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Apakah PKR dan DAP itu memperjuangkan Islam? Apakah PKR dan DAP akan merelakan Pas melaksanakan syariat Islam jika pembangkang memerintah?


Semua orang tahu pendirian kedua-dua parti berkenaan sebab itulah Pas terpaksa mengubah haluan politiknya daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan. Tidak usahlah pemimpin Pas menafikan kenyataan bahawa perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas kewujudannya sudah tidak ada lagi dalam kamus politik Pas.


Apa pun Hasan akan terus menjelajah dalam memberi penerangan kepada orang Melayu dan umat Islam mengenai amalan politik Pas serta ancaman politik PKR dan DAP. Jika Pas terus memandang remeh pendedahan Hasan dan tidak mahu bermuhabasah demi memperbetulkan landasan perjuangannya, percayalah Pas akan menjadi parti paling rugi dalam pertarungan politik di negara


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive