Thursday, 2 February 2012

ISU MADRASAH SALIHIAH!! LAPORAN POLIS TERHADAP PEJABAT TANAH!!


ALOR SETAR 2 Feb. - Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membuat laporan polis terhadap Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan) Kota Setar, Syed Shafulamin Syed Ahmad, kerana telah mengeluarkan notis supaya mengosongkan bangunan Madrasah Salihiah di sini sebelum isu mengenai diputuskan oleh mahkamah.


Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, laporan itu dibuat kerana perbuatan pejabat tanah mengeluarkan notis supaya bangunan madrasah itu dikosongkan adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang.


"Kita telah mengemukakan writ saman injunksi dan saman interim pada bulan lepas bagi menghalang perobohan dan pengambilalihan tanah wakaf khas Madrasah Salihian oleh pentabdir tanah Kota Setar, dan pada minggu depan (6 Februari) kedua-dua saman ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.


"Jadi, notis pengosongan yang kami terima pada 18 dan 31 Januari lepas yang telah ditandatangani oleh Syed Shafulamin jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini. - BERNAMA


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive