Saturday 14 January 2012

PAS KEDAH MUSIBAT!! MACAM NI PUN ADA HATI NAK PERINTAH MALAYSIA?




Kerajaan PAS Kedah sering memukul canang di setiap daerah di Negeri Kedah bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara telus. Benarkah begitu? Mungkin ianya hanyalah 'indah khabar dari rupa'?

MKT mengajak rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Kedah berfikir sejenak akan kebenaran ini...PAS KEDAH SEBENARNYA SIFAR SERBA SERBI


1) Kerajaan PAS Kedah selama ini mendakwa kononnya menegakkan pentadbiran ber'integriti'. Benarkah begitu? Tidak pernah terjadi sekalipun selama 50 tahun lebih bekas Kerajaan BN telah melelong satu pun bangunan kerajaan. Ber'integriti'nya Kerajaan PAS Kedah, baru 3-4 tahun memerintah bangunan MBAS telah pun kena lelong. Islam mengajar sebegitukah cara mentadbir sesebuah negeri?

2) Didalam buku 'KEDAH SEJAHTERA' telah menyebut yang MB Kedah telah keluar negeri hanyalah 3 kali selama 3 tahun. Kononnya menunjukkan yang MB Kedah adalah seorang yang berjimat cermat. Hebat! Memang hebat... Tetapi kehebatan beliau telah tercalar dengan keborosan barisan Exco-exconya yang terlalu ber'honeymoon' diluar negara. Jika bawa masuk pelaburan ke negeri Kedah, kira berbaloilah juga tetapi still the same old kedah story. Tiada apa-apa perubahan.

3) Isu yang paling hangat diperkatakan sekarang adalah betapa Jalur Gemilang yang selama ini menghiasi bangunan kerajaan negeri yang sudah buruk,koyak rabak dan lusuh. Hatta hendak dibuat kain buruk pun tidak gamak. Pejuang-pejuang Islam pada zaman dahulu sanggup mati demi hendak mempertahankan bendera Negara Islam. Tetapi amat memalukan bagaimana sebuah parti Islam(kononnya) membiarkan bendera negaranya sehingga lusuh sebegitu?

ISLAM KE PAS JIKA BEGITU CARA PENTADBIRANNYA?

TEPUK DADA, TANYA IMAN

PAS HANYA MEMPERALATKAN AGAMA DEMI SURVIVAL POLITIK SEMPITNYA


MELAYU KEDAH TERAKHIR

1 comment:

meUher said...

PAS mana ada Negara, dia ada Negeri je KELANTAN! Tempat lain dia nak korek kekayaan mcm penjajah dulu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive