Monday, 23 January 2012

PANAS!!! ANGRY BARD MALU PEMUDA UMNO TAK LAYAN ABU!!




Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??

Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!

Cuba perhatikan jumlah kerusi yang lebih banyak dari penonton yang datang mendengar ceramah walaupun majlis sudah bermula (Mat Sabu pun sudah berada di atas pentas)... Benarkah ini kekacauan yang tidak diduga atau PLAN B1 yang dirancang oleh Chegubard sendiri - operasi menebus malu sekiranya tidak cukup ramai penonton yang hadir??

Atau PLAN B2 untuk menarik lebih ramai orang datang menghadiri ceramah anjuran SAMM tersebut dengan 'mempromosikan' tentang kekecohan melalui facebook & twitter??
SUMBER DARI BLOG 1PELURU




JAWAPAN DARI PEMUDA UMNO SELANGOR
Pemuda Umno: Buang masa serang program ABU

SHAH ALAM - Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), malam tadi.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.

“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.

“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.

Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.

“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

MTK
berani ka si bard ni nak hadap geng pemuda umno??kes yang brader lan nak tumbuk adam adli tu pun dia dah lari kebelakang siap tolak polis suruh pi tangkap bradertu..haiya bard lu memang sohai la

5 comments:

Anonymous said...

Mamat nie mempelopori kempen perkauman Anti Melayu...samapi bila orang2 bijak pandai nie nak biarkan..kita sama2 tunggu ,,, bila darah dah semakin mula menitik baru agaknya nak sedar....

Anonymous said...

Ini Melayu Cik Gu Bad mesti lempar dalam Sungai Kelang lah.... PENGHASUT nak bagi orang Melayu gaduh dngan Orang India macam Kg Medah.

Dia kata "SERANGAN INI DIBUAT KAPADA ORANG INDIA SAHAJA". Nampak-nampak sangat Cikgu Bad cucuk orang India supaya gaduh dengan Melayu kampong tu.

Itu serangan dari orang kampong yang tengah solat Maghrib, bukan Pemuda UMNO.

Anonymous said...

Si Bard Stat tu agaknya yg upah sekumpulan pemuda buat provokasi lepastu salahkan Umno.Kalau Umno rasis ,masa merdeka dulu kaum India dah tentu kena hambat balik negeri diorang....

Anonymous said...

Sebab inila pencacai Anwar AlJuburi suka ISA dimansuhkan sebab boleh suka-suka buat fitnah dan cucuk-mencucuk (termasuk cucuk bontot) dengan sewenang-wenangnya. Najib made big mistake in abolishing ISA.

MymassaVoice said...

Blog tuan telah dipautkan ke MyMassa. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive